Malaysia legislation
Section 27
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017
Seksyen 27
Kematian
(1)
Jika peguam bela dan peguam cara yang berkenaan meninggal dunia sebelum prosiding terhadapnya tamat, aduan tersebut hendaklah tergugur tanpa menjejaskan apa-apa remedi sivil yang boleh dibawa oleh pengadu terhadap harta pusaka peguam bela dan peguam cara yang meninggal dunia itu.
(2)
Jika pengadu meninggal dunia sebelum prosiding itu tamat, aduan itu tidak akan tergugur tetapi ia boleh diteruskan oleh waris kadim atau wakil di sisi undang-undang pengadu.
P.U. (A) 197 18
(3)
Sekiranya waris kadim atau wakil persendirian di sisi undang-undang tidak memberi maklum balas dalam tempoh tiga bulan selepas diberitahu oleh
Pengarah akan hak mereka untuk meneruskan prosiding, Pengarah hendaklah merujuk aduan itu kepada Majlis Peguam dan Majlis Peguam boleh mencelah dan meneruskan aduan itu.
Kuasa memberi arahan