Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017
Seksyen 4
Kandungan aduan
(1)
Suatu aduan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam
Jadual kecuali jika aduan itu dibuat oleh Majlis Peguam, Jawatankuasa Bar Negeri atau mana-mana orang atau badan yang disebut dalam subseksyen 99(2) Akta.
(2)
Jika Majlis Peguam atau Jawatankuasa Bar Negeri adalah pengadu, aduan itu hendaklah ditandatangan oleh
Pengerusi
Majlis
Peguam atau
Pengerusi Jawatankuasa Bar Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
P.U. (A) 197 6
(3)
Walau apa pun subkaedah (1), aduan yang dibuat oleh Majlis Peguam,
Jawatankuasa Bar Negeri atau mana-mana orang atau badan yang disebut dalam subseksyen 99(2) Akta hendaklah mengandungi butir-butir peguam bela dan peguam cara yang berkenaan dan fakta aduan yang mencukupi.
Fi pemprosesan