Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017
Seksyen 5
(1)
Pengadu hendaklah membayar kepada Pengarah suatu jumlah sebanyak dua ratus ringgit atau apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh Lembaga Tatatertib sebagai fi pemprosesan.
(2)
Subkaedah (1) tidak terpakai jika pengadu ialah Majlis Peguam,
Jawatankuasa Bar Negeri atau mana-mana orang atau badan yang disebut dalam subseksyen 99(2) Akta.
(3)
Semua jumlah yang dibayar di bawah kaedah ini hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Tatatertib dan tidak boleh dikembalikan.
(4)
Walau apa pun subkaedah (1), Pengerusi Lembaga Tatatertib boleh mengetepikan semua atau sebahagian daripada pembayaran fi pemprosesan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Had masa