Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PELESENAN BAGI PENGILANGAN) 2011

Seksyen 3

Permohonan bagi lesen

(1)

Sesuatu permohonan bagi mendapatkan suatu lesen hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam Borang A sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua dan hendaklah disertai dengan fi yang ditetapkan.

(2)

Seseorang pemohon hendaklah memberikan apa-apa maklumat lanjut sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

P.U. (A) 187 4

(3)

Jika pemohon adalah suatu pertubuhan perbadanan, permohonan hendaklah disempurnakan dan ditandatangani oleh seseorang atau orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu oleh pertubuhan perbadanan itu.

(4)

Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Pengeluaran lesen

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PELESENAN BAGI PENGILANGAN) 2011