Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PELESENAN BAGI PENGILANGAN) 2011
Seksyen 4
(1)
Lesen tidak boleh dikeluarkan kepada seseorang melainkan jika pemohon—
(a)
ialah pendaftar racun makhluk perosak;
(b)
ialah orang yang mengilang di bawah perjanjian bagi pihak pendaftar racun makhluk perosak itu; dan
(c)
telah mematuhi undang-undang yang berkaitan yang dikuatkuasakan oleh agensi lain Kerajaan.
(2)
Lesen yang dikeluarkan hendaklah dalam Borang B sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.
(3)
Lembaga boleh, menentukan apa-apa syarat yang dikenakan bagi pengeluaran lesen dan boleh, pada bila-bila masa, mengubah, menambah, membatalkan atau meminda syarat-syarat yang dikenakan pada lesen yang dikeluarkan itu.
Takat lesen