Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (NO. 2) (PINDAAN) 2024
Seksyen 3
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 11
kaedah yang berikut:
P.U. (A) 16 4
“Premium bagi pelanjutan tanah diberi hakmilik untuk suatu tempoh beberapa tahun 11A.
(1)
Kadar premium yang hendaklah dikenakan ke atas pelanjutan tanah diberi hakmilik untuk suatu tempoh beberapa tahun di bawah seksyen 90A Kanun hendaklah sebagaimana yang berikut:
Kategori: Pertanian—
1/32 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan pajakan baharu-baki tempoh pegangan pajakan sedia ada)
Kategori: Bangunan—
(i)
Kediaman—
1/16 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan baharu-baki tempoh pegangan sedia ada)
(ii)
Perdagangan—
1/8 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan baharu-baki tempoh pegangan sedia ada)
(iii)
Pembangunan bercampur—
3/32 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan baharu-baki tempoh pegangan sedia ada)
Kategori: Perusahaan—
1/8 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan baharu-baki tempoh pegangan sedia ada)
Bagi maksud selain di atas—
1/16 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan baharu-baki tempoh pegangan sedia ada).
P.U. (A) 16 5
(2)
Jika suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 90A(1)
Kanun diluluskan oleh Kerajaan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu notis dalam Borang 5A Kanun yang menghendaki pemohon membayar premium dan apa-apa bayaran lain yang kena dibayar dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis itu disampaikan dengan sewajarnya.”.
Pindaan Jadual Pertama 4.
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dalam Jadual Pertama dengan memasukkan selepas
Borang 1 borang yang berikut:
“BORANG 1A
KANUN TANAH NEGARA
KAEDAH-KAEDAH TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (NO. 2) 2010
[Kaedah 3A]
PERMOHONAN BAGI PELANJUTAN PEMBERIAN HAKMILIK UNTUK SUATU TEMPOH
BEBERAPA TAHUN
Pendaftar Hakmilik,
.........................................................
.........................................................
Tarikh:
Tuan,
PERMOHONAN BAGI PELANJUTAN PEMBERIAN HAKMILIK UNTUK SUATU TEMPOH
BEBERAPA TAHUN
Saya merujuk perkara di atas.