Malaysia legislation
Section 3A
of KAEDAH-KAEDAH TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (NO. 2) (PINDAAN) 2024
Seksyen 3A
(1)
Tertakluk kepada perenggan 76(a) Kanun, tiap-tiap permohonan oleh tuan punya tanah untuk pelanjutan pemberian hakmilik untuk suatu tempoh beberapa tahun tidak melebihi sembilan puluh sembilan tahun di bawah seksyen 90A Kanun hendaklah dibuat dalam Borang 1A Jadual Pertama dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar.
(2)
Tiap-tiap permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah—
(a)
dikemukakan dalam satu salinan;
(b)
disertakan dengan—
P.U. (A) 16 3
(i)
fi sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga;
(ii)
suatu surat kebenaran daripada tiap-tiap pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar dalam tanah, jika ada; dan
(iii)
dokumen hakmilik keluaran, melainkan jika dokumen hakmilik keluaran itu berada dalam milikan suatu pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar dalam tanah; dan
(c)
ditandatangani oleh—
(i)
tuan punya berdaftar;
(ii)
dalam hal suatu syarikat berdaftar atau badan yang diperbadankan, orang yang diberi kuasa secara sah oleh syarikat atau perbadanan itu untuk menandatangani bagi pihaknya; atau
(iii)
dalam hal perbadanan pengurusan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985
[Akta 318], pengerusi badan pengurusan itu.
(3)
Jika pemohon gagal mematuhi subkaedah (1) atau (2), Pendaftar hendaklah menolak permohonan itu.”.
Kaedah baharu 11A