Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KEHENDAK TEKNIKAL DAN PENGENDALIAN) (PINDAAN) 2014

Seksyen 3

Kaedah 3 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—

(a)

dalam subkaedah (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Seseorang” dengan perkataan

“Tertakluk kepada subkaedah (8), seseorang”;

P.U. (A) 120 4

(ii)

dalam perenggan (a)—

dengan menggantikan perkataan

“72kWp”

dengan perkataan “12kWp”; dan dengan menggantikan perkataan

“180kWp”

dengan perkataan “425kWp”; dan

(iii)

dalam perenggan (b)—

dengan menggantikan perkataan “72kW” dengan perkataan

“12kW”; dan dengan menggantikan perkataan

“180kW”

dengan perkataan “425kW”;

(b)

dalam subkaedah (3)—

(i)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan

“empat belas hari” dengan perkataan “tiga puluh hari”; dan

(ii)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan

“twenty-one days” dengan perkataan “thirty days”;

(c)

dengan menggantikan subkaedah (5) dengan subkaedah yang berikut:

“(5)

Penjana yang layak hendaklah membayar—

(a)

satu ribu ringgit kepada pemegang lesen pengagihan sebagai kos bagi menjalankan pemeriksaan pengesahan sambungan yang melebihi 12kW atau 12kWp sehingga dan termasuk 180kW atau 180kWp; atau

P.U. (A) 120 5

(b)

lima ribu ringgit kepada pemegang lesen pengagihan sebagai kos bagi menjalankan pemeriksaan pengesahan sambungan yang melebihi 180kW atau 180kWp sehingga dan termasuk 425kW atau 425kWp.”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subkaedah (7) subkaedah yang berikut:

“(8)

Peruntukan subkaedah (1) tidak terpakai bagi seseorang penjana yang layak yang bercadang untuk membina—

(a)

suatu pepasangan

FV yang akan akhirnya disambungkan kepada satu pencawang elektrik yang kepadanya bersambung pepasangan FV sedia ada dan jumlah kWp berkadar pepasangan FV tersebut termasuk pepasangan

FV yang dicadangkan melebihi 425kWp; atau

(b)

satu pepasangan FV atau lebih yang dicadangkan dalam suatu kawasan pembangunan perumahan yang akan akhirnya disambungkan kepada satu pencawang elektrik dan jumlah kWp berkadar pepasangan FV itu melebihi 425kWp.

(9)

Bagi maksud subkaedah (8), “kawasan pembangunan perumahan” ertinya suatu kawasan rumah unit tunggal atau unit berbilang, rumah kedai, rumah pangsa, kondominium dan pangsapuri yang dibina atau yang akan dibina oleh satu pemaju perumahan.”.

P.U. (A) 120 6

Pindaan kaedah 4

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KEHENDAK TEKNIKAL DAN PENGENDALIAN) (PINDAAN) 2014