Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KEHENDAK TEKNIKAL DAN PENGENDALIAN) (PINDAAN) 2014
Seksyen 4
Kaedah 4 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dalam subkaedah (1)—
(i)
dalam perenggan (a)—
dengan menggantikan perkataan
“180kWp”
dengan perkataan “425kWp”; dan dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;
(ii)
dalam perenggan (b) dengan menggantikan perkataan “180kW,”
dengan perkataan “425kW; atau”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c)
suatu pepasangan
FV yang diperihalkan dalam perenggan 3(8)(a) atau 3(8)(b),”; dan
(b)
dengan menggantikan subkaedah (4) dan (5) dengan subkaedah yang berikut:
“(4)
Dalam hal suatu permintaan yang dibuat oleh penjana yang layak yang bercadang untuk membina suatu pepasangan yang diperihalkan dalam perenggan 3(8)(a), 3(8)(b), 4(1)(a) atau 4(1)(b), pemegang lesen pengagihan hendaklah menyiapkan atau menyebabkan kajian itu disiapkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual Pertama mengikut kapasiti eksport bersih atau kWp berkadar pepasangan yang dicadangkan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama.
P.U. (A) 120 7
(5)
Dalam hal suatu permintaan yang dibuat oleh penjana yang layak yang bercadang untuk membina suatu pepasangan yang diperihalkan dalam perenggan 3(8)(a), 3(8)(b), 4(1)(a) atau 4(1)(b), penjana yang layak hendaklah membayar kepada pemegang lesen pengagihan kos bagi menjalankan kajian sistem kuasa dalam jumlah yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual
Pertama mengikut kapasiti eksport bersih atau kWp berkadar bagi pepasangan yang dicadangkan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama.”.
Pindaan kaedah 8