Malaysia legislation
Section 10
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011
Seksyen 10
(1)
Tiap-tiap permohonan bagi kelulusan galakan di bawah subkaedah 5, 6,
7, 8 atau 9 hendaklah mengemukakan, bila mana terpakai, maklumat yang berikut:
(a)
butir-butir penjana yang layak;
(b)
suatu perihalan tentang pepasangan tenaga boleh baharu yang hendaklah dimiliki oleh penjana yang layak, termasuklah—
(i)
sumber boleh baharu yang hendaklah digunakan bagi pengendalian pepasangan tenaga boleh baharu itu;
(ii)
kapasiti terpasang yang dicadangkan bagi pepasangan tenaga boleh baharu itu dan tahap keupayaan pepasangan tenaga boleh baharu itu untuk menyediakan tenaga boleh baharu;
(iii)
lokasi yang dicadangkan bagi pepasangan tenaga boleh baharu itu;
(iv)
tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan yang dicadangkan, jika terpakai, yang hendaklah mengambil kira semakan pengesahan sambungan atau kehendak kajian
P. U. (A) 385
15
sistem kuasa yang dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah
Tenaga
Boleh
Baharu
(Kehendak
Teknikal dan
Pengendalian) 2011; dan
(v)
pencapaian yang dicadangkan dan tarikh yang pencapaian itu hendaklah dicapai;
(c)
nama pemegang lesen pengagihan yang rangkaian pengagihan elektriknya dicadangkan untuk disambungkan ke pepasangan tenaga boleh baharu;
(d)
lokasi, butir-butir dan spesifikasi bagi penyambungan yang dicadangkan antara pepasangan tenaga boleh baharu dengan tempat sambungan dan, jika terpakai, disertai dengan suatu salinan laporan semakan pengesahan sambungan atau kajian sistem kuasa mengikut Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu
(Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011;
(e)
butir-butir bagi apa-apa kelulusan galakan yang kini atau yang dahulunya dipegang oleh penjana yang layak;
(f)
keterangan tentang pemunyaan bagi, atau hak bersyarat atau tidak bersyarat penjana yang layak untuk menggunakan, tapak atau bangunan yang padanya pepasangan tenaga boleh baharu hendaklah ditempatkan;
(g)
jika penjana yang layak memohon apa-apa kadar tarif galakan bonus, apa-apa dokumen yang dikehendaki di bawah subkaedah 21(1); dan
(h)
apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa secara bertulis.
P. U. (A) 385
16
(5)
Dalam hal suatu permohonan bagi kelulusan galakan oleh suatu syarikat, permohonan itu hendaklah disertai dengan maklumat yang dikehendaki di bawah subkaedah (1) dan, jika terpakai, dengan maklumat tambahan yang berikut:
(a)
maklumat korporat syarikat itu termasuklah pemegang syer benefisial utama bagi syarikat itu; dan
(b)
akaun teraudit, memorandum dan perkara persatuan dan salinan yang diperakui sah Borang 24, 44 dan 49 di bawah Peraturan-Peraturan Syarikat 1966 [P.U. (A) 173/1966] bagi syarikat itu yang telah difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Akuan penerimaan