Malaysia legislation
Section 9
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011
Seksyen 9
Jika seseorang penjana yang layak bercadang untuk memohon apa-apa kadar tarif galakan bonus berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang—
(a)
hanya sebahagian daripada pepasangan itu telah atau akan memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama; dan
P. U. (A) 385
14
(b)
mempunyai kabel saling hubungan yang berasingan dan khusus dan meter hasil yang berasingan dan khusus berkenaan dengan tenaga boleh baharu yang dijana oleh bahagian pepasangan itu yang disebut dalam perenggan (a), penjana yang layak hendaklah memohon suatu kelulusan galakan berkenaan dengan kapasiti terpasang bagi bahagian pepasangan itu yang disebut dalam perenggan (a) dan suatu kelulusan galakan yang berasingan berkenaan dengan kapasiti terpasang bagi bahagian lain pepasangan itu.
Maklumat dikehendaki untuk permohonan kelulusan galakan