Malaysia legislation
Section 21
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011
Seksyen 21
(1)
Tertakluk kepada kaedah 23, seseorang pemegang tarif galakan adalah layak untuk menerima suatu kadar tarif galakan bonus jika dia atau ia dapat membuktikan bahawa keseluruhan pepasangan tenaga boleh baharunya yang menggunakan sumber boleh baharu yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama telah atau akan memenuhi criteria yang terpakai yang dinyatakan dalam ruang (2)
Jadual dengan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa—
(a)
pada masa kelulusan galakan dipohon, dokumen berkenaan dengan setiap kriteria yang dinyatakan dalam perenggan (a) ruang
(3)
Jadual Pertama; dan
(b)
tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa kadar galakan, dokumen berkenaan dengan setiap kriteria yang dinyatakan dalam perenggan (b) ruang (3) Jadual
Pertama.
(2)
Pemegang kelulusan galakan itu hendaklah memperakui semua salinan dokumen yang disebut dalam subkaedah (1) dengan cara yang ditentukan oleh Pihak
Berkuasa.
(3)
Seseorang pemegang kelulusan galakan yang mengemukakan dokumen di bawah subkaedah (1) hendaklah memastikan bahawa dokumen yang dikemukakan adalah betul, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi bahawa dokumen ini adalah betul, tepat dan lengkap, termasuk suatu represantasi bahawa dia atau ia tidak menyedari tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang boleh membuatkan dokumen yang dikemukakan itu tidak betul atau mengelirukan.
P. U. (A) 385
24