Malaysia legislation
Section 22
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011
Seksyen 22
(1)
Jika suatu permohonan bagi kelulusan galakan di bawah kaedah 5
diberikan oleh Pihak Berkuasa, kadar tarif galakan asas, kadar tarif galakan bonus, tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan dan tempoh berkuat kuasa yang terpakai bagi pepasangan itu adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual kepada Akta.
(2)
Jika sesuatu permohonan bagi kelulusan galakan di bawah subkaedah 6(1) diberikan oleh Pihak Berkuasa—
(a)
kadar tarif galakan asas berkenaan dengan semua tenaga boleh baharu yang dijana oleh pemasangan itu hendaklah dikira berdasarkan—
(i)
kadar tarif galakan asas yang paling rendah antara jenis sumber boleh baharu yang digunakan itu; dan
(ii)
jumlah kapasiti terpasang yang digabungkan bagi pepasangan itu; dan
(b)
tempoh berkuat kuasa berkenaan dengan semua tenaga boleh baharu yang dijana oleh pepasangan itu hendaklah dikira berdasarkan tempoh berkuat kuasa yang paling pendek antara jenis sumber boleh baharu yang digunakan.
(3)
Jika suatu permohonan bagi kelulusan galakan yang berasingan di bawah subkaedah 6(2) diberikan oleh Pihak Berkuasa, tenaga boleh baharu yang dijana oleh setiap jenis sumber boleh baharu itu hendaklah disifatkan sebagai dijana oleh suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang berasingan bagi maksud menentukan kadar tarif
P. U. (A) 385
25
galakan asas, kadar tarif galakan bonus, tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan dan tempoh berkuat kuasa yang terpakai.
(4)
Jika suatu permohonan bagi suatu kelulusan galakan di bawah subkaedah 7(1) diberikan oleh Pihak Berkuasa—
(a)
kadar tarif galakan asas berkenaan dengan semua tenaga boleh baharu yang dijana oleh pepasangan tenaga boleh baharu itu hendaklah dikira berdasarkan—
(i)
kadar tarif galakan asas yang paling rendah antara jenis sumber boleh baharu yang digunakan itu; dan
(iii)
jumlah kapasiti terpasang yang digabungkan bagi pepasangan itu; dan
(b)
tempoh berkuat kuasa berkenaan dengan semua tenaga boleh baharu yang dijana oleh pepasangan tenaga boleh baharu itu hendaklah dikira berdasarkan tempoh berkuat kuasa yang paling pendek antara jenis sumber boleh baharu yang digunakan dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan yang baharu bagi kelulusan galakan yang baharu itu dan berterusan bagi tempoh penuh yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual kepada Akta.
(5)
Jika suatu permohonan bagi kelulusan galakan yang berasingan di bawah subkaedah 7(2) diberikan oleh Pihak Berkuasa, tenaga boleh baharu yang dijana oleh kapasiti terpasang yang ditingkatkan itu hendaklah disifatkan sebagai dijana oleh suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang berasingan bagi maksud menentukan kadar tarif galakan asas, kadar tarif galakan bonus, tarikh permulaan kuat kuasa tariff galakan dan tempoh berkuat kuasa yang terpakai.
(6)
Jika suatu permohonan bagi suatu kelulusan galakan di bawah subkaedah 8(1) diberikan oleh Pihak Berkuasa—
P. U. (A) 385
26
(a)
kadar tarif galakan asas berkenaan dengan semua tenaga boleh baharu yang dijana oleh pepasangan itu hendaklah dikira berdasarkan jumlah kapasiti terpasang yang digabungkan bagi pepasangan itu; dan
(b)
tempoh berkuat kuasa berkenaan dengan semua tenaga boleh baharu yang dijana oleh pepasangan tenaga boleh baharu itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasa tariff galakan yang baharu bagi kelulusan galakan yang baharu itu dan berterusan bagi tempoh penuh yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual kepada Akta.
(7)
Jika suatu permohonan bagi kelulusan galakan yang berasingan di bawah subkaedah 8(2) diberikan oleh Pihak Berkuasa, tenaga boleh baharu yang dijana oleh kapasiti terpasang yang ditingkatkan itu hendaklah disifatkan sebagai dijana oleh suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang berasingan bagi maksud menentukan kadar tarif galakan asas, kadar tarif galakan bonus, tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan dan tempoh berkuat kuasa yang terpakai.
Pengiraan kadar tarif galakan bonus