Malaysia legislation

Section 31

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 31

(1)

Pihak berkuasa tatatertib boleh menurut budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib di bawah Bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atau denda tidak melebihi lima ratus ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah perenggan 3(1)(i) dan kaedah 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46

dan 47 di hadapan, atau yang dilihat oleh pihak berkuasa tatatertib itu.

(2)

Pihak berkuasa tatatertib itu hendaklah, sebelum hukuman dikenakan ke atas pelajar itu, memaklumkan pelajar itu tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh pelajar itu dan memberi pelajar itu suatu peluang untuk membuat, dengan segera, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan tatatertib itu.

(3)

Apabila hukuman yang disebut dalam subkaedah (1) dikenakan, pihak berkuasa tatatertib itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan kepada pelajar itu suatu notis pengenaan hukuman dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib.

(4)

Kaedah 63 dan 64 hendaklah terpakai jika hukuman yang dikenakan di bawah subkaedah (3) ialah denda.

P.U. (A) 310 28

Section 31 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024