Malaysia legislation
Section 32
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024
Seksyen 32
(1)
Tiada seorang pun pelajar menetap boleh membenarkan mana-mana pelajar, orang atau kumpulan pelajar yang lain memasuki mana-mana bilik di dalam asrama yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap.
(2)
Subkaedah (1) tidak terpakai bagi—
(a)
orang yang diberi kuasa yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan fungsi, kewajipan atau tanggungjawabnya;
(b)
seseorang yang memasuki bilik itu mengikut apa-apa kebenaran bertulis yang diberikan oleh, atau bagi pihak, Pengetua Asrama; dan
(c)
seseorang pelajar menetap daripada jantina yang sama yang memasuki mana-mana bilik di dalam asrama untuk lawatan sosial.
(3)
Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Menghalang pekerja Universiti dan orang yang diberi kuasa daripada memasuki dan menjalankan fungsinya, dsb.