Malaysia legislation

Section 18

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023

Seksyen 18

(1)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menguruskan, menjalankan atau membantu dalam menganjurkan, menguruskan atau menjalankan, atau menyertai apa-apa perjudian di dalam Kampus.

(2)

Tiada seorang pun pelajar boleh membekal, memiliki atau menyimpan apa-apa juga jenis perjudian atau apa-apa peralatan atau benda yang digunakan untuk perjudian atau bertanggungjawab bagi menganjurkan apa-apa jenis permainan perjudian di dalam Kampus.

(3)

Bagi maksud kaedah ini, “perjudian” ertinya permainan apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi mendapatkan wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaganan, pertaruhan atau loteri.

P.U. (A) 292 21

(4)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Bahan yang memabukkan

Section 18 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023