Malaysia legislation

Section 19

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023

Seksyen 19

(1)

Tiada seorang pun pelajar boleh—

(a)

mengguna, minum atau mempunyai dalam milikannya atau di bawah jagaannya atau dalam kawalannya, apa-apa bahan yang memabukkan di dalam Kampus; atau

(b)

berada dalam keadaan mabuk di bawah pengaruh bahan yang memabukkan di dalam Kampus.

(2)

Bagi maksud kaedah ini, “bahan yang memabukkan” ertinya apa-apa bahan yang pada bila-bila masa dan walau bagaimana penggunaannya boleh menyebabkan mabuk atau menjejaskan pertimbangan atau hilang kewarasan.

(3)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Gangguan seksual

Section 19 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023