Malaysia legislation

Section 58

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023

Seksyen 58

(1)

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini boleh dikenakan satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti yang berikut:

(a)

amaran;

(b)

khidmat masyarakat mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Naib Canselor yang tidak melebihi 24 jam;

(c)

denda tidak melebihi lima ratus ringgit;

(d)

dilarang daripada berada di dalam mana-mana bahagian Kampus dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib;

P.U. (A) 292 40

(e)

dibuang atau dilarang untuk tinggal di dalam desasiswa;

(f)

bagi kesalahan tatatertib yang berhubungan dengan perkara akademik, digantung daripada menduduki apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Universiti;

(g)

digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib; atau

(h)

dibuang daripada Universiti.

(2)

Berkenaan dengan kesalahan tatatertib di bawah kaedah 8, pihak berkuasa tatatertib boleh, sebagai tambahan kepada hukuman di bawah subkaedah (1), mengenakan hukuman gred gagal bagi mana-mana kursus pengajian tertentu atau semua kursus pengajian semasa semester yang dinyatakan itu.

(3)

Bagi maksud kaedah ini—

(a)

“semester” bermaksud suatu tempoh masa yang diuntukkan oleh

Senat Universiti bagi maksud kuliah, peperiksaan dan apa-apa kegiatan pendidikan; dan

(b)

“khidmat masyarakat” ertinya apa-apa perkhidmatan atau apa-apa kegiatan yang dilakukan demi kebaikan orang awam keseluruhannya sebagaimana yang ditentukan oleh Universiti.

(4)

Mana-mana pelajar yang tidak mematuhi hukuman yang disebut dalam perenggan (1)(b) boleh dikenakan denda lima ratus ringgit.

Jagaan dan pelupusan barang kes

Section 58 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023