Malaysia legislation
Section 59
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 59
(1)
Pihak berkuasa tatatertib boleh memerintahkan apa-apa dokumen atau barang lain yang dikemukakan di hadapannya dalam penjalanan mana-mana prosiding
P.U. (A) 292 41
tatatertib supaya disimpan dalam jagaannya atau dalam jagaan mana-mana orang sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tatatertib sementara menunggu tamatnya prosiding tatatertib itu.
(2)
Pihak berkuasa tatatertib hendaklah, apabila tamatnya prosiding tatatertib di hadapannya, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut bagi pelupusan apa-apa dokumen atau barang lain yang dikemukakan di hadapannya dalam penjalanan prosiding tatatertib, dan boleh mengarahkan supaya perintah itu mula berkuat kuasa sama ada secara segera atau pada bila-bila masa sebagaimana yang dinyatakannya.
(3)
Kuasa pihak berkuasa tatatertib di bawah subkaedah (2) hendaklah termasuk kuasa untuk memerintahkan pemusnahan apa-apa dokumen atau barang lain atau pelucuthakan apa-apa dokumen atau barang itu.
Nota prosiding tatatertib