Malaysia legislation

Section 62

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023

Seksyen 62

(1)

Jika seseorang pelajar telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, pihak berkuasa tatatertib bolehlah menghantar suatu laporan berkenaan dengan prosiding tatatertib itu kepada orang yang berikut:

(a)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi;

(b)

ibu bapa atau penjaga pelajar itu;

(c)

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, institusi, pihak berkuasa berkanun, organisasi komersial atau perniagaan, atau badan lain yang menaja pelajar itu; dan

(d)

majikan pelajar itu, jika ada.

(2)

Orang yang disebut dalam perenggan (1)(b), (c) dan (d) boleh, atas permohonannya kepada pihak berkuasa tatatertib, diberikan salinan nota prosiding tatatertib yang diperakui apabila dibayar fi yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib, yang hendaklah tidak melebihi lima ratus ringgit.

(3)

Suatu salinan nota prosiding tatatertib yang diperakui berkenaan dengan mana-mana kes tertentu hendaklah diberikan oleh pihak berkuasa tatatertib kepada

Menteri jika Menteri menghendaki nota prosiding tatatertib itu.

Pembayaran denda

Section 62 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023