Malaysia legislation
Section 63
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 63
(1)
Jika pihak berkuasa tatatertib mengenakan hukuman denda ke atas seseorang pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menyatakan tempoh yang denda
P.U. (A) 292 43
hendaklah dibayar dan pelajar itu hendaklah membayar denda dalam tempoh itu kepada Bursar.
(2)
Tempoh yang disebut dalam subkaedah (1) tidak boleh lebih daripada empat belas hari—
(a)
dalam hal suatu representasi lisan, dari tarikh pengenaan denda oleh pihak berkuasa tatatertib; atau
(b)
dalam hal suatu representasi bertulis, dari tarikh penerimaan pemberitahuan hukuman yang dikenakan di bawah subkaedah 58(1).
Kegagalan membayar denda