Seksyen 1
(1)
Kod ini bolehlah dinamakan Kod Malaysia mengenai Pengambilalihan dan Percantuman 2016.
/akn/my/act/pub/2016/356
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
KOD MALAYSIA MENGENAI PENGAMBILALIHAN DAN PERCANTUMAN 2016 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 356 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Kod ini bolehlah dinamakan Kod Malaysia mengenai Pengambilalihan dan Percantuman 2016.
Kod ini menyatakan prinsip am yang hendaklah dituruti dan dipatuhi oleh semua orang yang terlibat dalam apa-apa transaksi pengambilalihan atau percantuman.
Prinsip am 1
Setakat yang dapat dilaksanakan, semua pemegang syer penerima tawaran dari kelas yang sama hendaklah dilayan sama rata berkaitan dengan suatu tawaran pengambilalihan dan mempunyai peluang yang sama untuk menyertai dalam faedah yang terakru daripada tawaran pengambilalihan itu, termasuklah dalam premium yang kena dibayar bagi kawalan.
Prinsip am 2
Seorang pengambil atau pembuat tawaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan lembaga pengarah penerima tawaran, hendaklah bertindak dengan suci hati dalam menuruti prinsip am yang dinyatakan dalam Kod ini dan apa-apa garis panduan, arahan, nota amalan dan arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Semua pemegang syer, terutamanya pemegang syer minoriti, tidak boleh tertindas atau berada dalam keadaan yang merugikan disebabkan oleh perlakuan dan
P.U. (B) 356 3
kelakuan pengambil atau pembuat tawaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau lembaga pengarah penerima tawaran itu.
Prinsip am 3
Mana-mana orang yang—
merupakan seorang pengambil yang bercadang untuk membuat suatu pengambilan yang boleh membawa kepada suatu obligasi untuk membuat tawaran pengambilalihan; atau
merupakan seorang pembuat tawaran, hendaklah memastikan bahawa dia mampu untuk melaksanakan tawaran itu sepenuhnya.
Penasihat kewangan orang yang disebut dalam perenggan (1) hendaklah berpuas hati bahawa orang itu mampu dan akan terus mampu melaksanakan tawaran itu sepenuhnya.
Prinsip am 4
Penerima tawaran yang menerima suatu tawaran pengambilalihan atau yang dihampiri dengan tujuan supaya suatu tawaran pengambilalihan akan dibuat hendaklah, demi kepentingan pemegang syernya, melantik penasihat bebas yang berwibawa untuk memberi komen, pendapat, maklumat dan syor mengenai tawaran pengambilalihan itu.
Prinsip am 5
Semua pihak yang terlibat dalam sesuatu transaksi pengambilalihan atau percantuman hendaklah membuat penzahiran yang penuh dan segera mengenai semua maklumat yang relevan.
P.U. (B) 356 4
Prinsip am 6
Pemegang syer dan lembaga pengarah penerima tawaran dan pasaran bagi syer yang menjadi subjek kepada suatu tawaran pengambilalihan hendaklah diperuntukkan dengan—
maklumat yang berkaitan dan mencukupi, termasuklah identiti seseorang pengambil atau pembuat tawaran, untuk membolehkan mereka membuat suatu keputusan termaklum mengenai tawaran pengambilalihan itu; dan
masa yang munasabah untuk mempertimbangkan tawaran pengambilalihan itu.
Prinsip am 7
Apa-apa dokumen atau iklan yang ditujukan kepada pemegang syer yang mengandungi maklumat, pendapat atau syor daripada pembuat tawaran, lembaga pengarah pembuat tawaran, lembaga pengarah penerima tawaran atau penasihat mereka masing-masing hendaklah disediakan dengan standard penjagaan yang sama seolah-olah dokumen atau iklan itu merupakan suatu prospektus mengikut pengertian
Akta.
Prinsip am 8
Pembuat tawaran, lembaga pengarah pembuat tawaran, lembaga pengarah penerima tawaran dan penasihat mereka masing-masing dilarang daripada membuat penzahiran terpilih kepada pemegang syer semasa suatu transaksi pengambilalihan atau percantuman, atau apabila transaksi sedemikian dalam pertimbangan, kecuali jika maklumat itu diberikan secara rahsia oleh lembaga pengarah penerima tawaran itu kepada seseorang yang berpotensi menjadi pembuat tawaran bona fide atau oleh seorang yang berpotensi menjadi pembuat tawaran bona fide kepada lembaga pengarah penerima tawaran itu.
Prinsip am 9
Walaupun lembaga pengarah pembuat tawaran dan lembaga pengarah penerima tawaran, dan penasihat dan orang yang bersekutu dengan mereka masing-masing
P.U. (B) 356 5
mempunyai kewajipan utama untuk bertindak demi kepentingan pemegang syer masing-masing, apa-apa garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya boleh menyekat lembaga itu atau orang-orang yang terlibat dalam suatu transaksi pengambilalihan atau percantuman daripada mengambil tindakan tertentu.
Prinsip am 10
Pembuat tawaran hendaklah, dalam hal suatu tawaran separa yang diluluskan, menerima syer mengundi atau hak mengundi itu dalam kadar yang sama daripada setiap pemegang syer penerima tawaran bagi mendapatkan peratusan pegangan yang telah ditentukan dalam penerima tawaran itu.
Prinsip am 11
Lembaga pengarah penerima tawaran hendaklah bertindak demi kepentingan pemegang syer secara keseluruhannya dan tidak boleh menafikan pemegang syer peluang untuk membuat keputusan mengenai tawaran pengambilalihan.
Prinsip am 12
Tempoh suatu penerima tawaran tertakluk kepada suatu pengambilalihan atau percantuman tidak boleh lebih panjang daripada yang munasabah.
Pengambilan menurut subseksyen 218(3)
Jika pengambil itu memperoleh syer mengundi atau hak mengundi tambahan melebihi dua peratus dalam mana-mana tempoh enam bulan, pengambil itu dikehendaki untuk melaksanakan tawaran pengambilalihan menurut peruntukan Kod ini dan apa-apa garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Pembatalan dan kecualian
P.U. (B) 356 6
Semua transaksi pengambilalihan dan percantuman yang telah dimulakan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Kod ini hendaklah diuruskan di bawah peruntukan Kod Malaysia Mengenai Pengambilalihan dan Percantuman 2010
seolah-olah Kod itu tidak dibatalkan.
Bertarikh 11 Ogos 2016
[SC/GC (R&R)/Subsidiary-TOM Code/2015 (210)-1; KK/SID/P/(S)/483/669/4 JLD.
(SK.1); PN(PU2)662/XI]
DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (B) 356 7
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007
MALAYSIAN CODE ON TAKE-OVERS AND MERGERS 2016
Opening note
This Code comes into operation on 15 August 2016.
General 2.
This Code sets out the general principles that shall be observed and complied with by all persons engaged in any take-over or merger transaction.
General principle 1 3.
So far as practicable, all shareholders of an offeree of the same class shall be treated equally in relation to a take-over offer and have equal opportunities to participate in benefits accruing from the take-over offer, including in the premium payable for control.
General principle 2 4.
The acquirer or offeror, as the case may be, and the board of directors of the offeree, shall act in good faith in observing the general principles set out in this Code and any guidelines, directions, practice notes and rulings issued by the Commission.
All shareholders, particularly minority shareholders, shall not be subject to oppression or disadvantage by the treatment and conduct of the acquirer or offeror, as the case may be, or of the board of directors of the offeree.
P.U. (B) 356 8
General principle 3 5.
Any person who—
is an acquirer who proposes to make an acquisition which may lead to an obligation to make a take-over offer; or
The financial advisers of the person referred to in paragraph (1) shall be satisfied that the person is able and will continue to be able to implement the offer in full.
General principle 4 6.
An offeree which receives a take-over offer or is approached with a view to a take-over offer being made shall, in the interests of its shareholders, appoint a competent independent adviser to provide comments, opinions, information and recommendation on the take-over offer.
General principle 5 7.
All parties involved in a take-over or merger transaction shall make full and prompt disclosure of all relevant information.
General principle 6 8.
The shareholders and the board of directors of an offeree and the market for the shares that are the subject of a take-over offer shall be provided with—
relevant and sufficient information, including the identity of the acquirer or offeror, to enable them to reach an informed decision on the take-over offer;
and
reasonable time to consider the take-over offer.
P.U. (B) 356 9
General principle 7 9.
Any document or advertisement addressed to the shareholders containing information, opinions or recommendations from the offeror, the board of directors of an offeror, the board of directors of an offeree or their respective advisers shall be prepared with the same standard of care as if the document or advertisement was a prospectus within the meaning of the Act.
General principle 8
An offeror, the board of directors of an offeror, the board of directors of an offeree and their respective advisers are prohibited from making selective disclosure to the shareholders in the course of a take-over or merger transaction, or when such transaction is in contemplation, except where such information is provided in confidence by the board of directors of the offeree to a bona fide potential offeror or by a bona fide potential offeror to the board of directors of the offeree.
General principle 9
While the board of directors of an offeror and the board of directors of an offeree, and their respective advisers and associates have a primary duty to act in the best interests of their respective shareholders, any guidelines and rulings issued by the
Commission may restrict the board and persons involved in a take-over or merger transaction from undertaking certain actions.
General principle 10
The offeror shall, in the case of an approved partial offer, accept such voting shares or voting rights in the same proportion from each shareholder of an offeree in order to achieve the specified percentage of holding in the offeree.
P.U. (B) 356 10
General principle 11
The board of directors of an offeree shall act in the interests of the shareholders as a whole and shall not deny the shareholders the opportunity to decide on the take-over offer.
General principle 12
The period in which an offeree is subject to a take-over or merger shall not be longer than what is reasonable.
Acquisition pursuant to subsection 218(3)
Where the acquirer acquires additional voting shares or voting rights of more than two per centum in any period of six months, the acquirer is required to undertake a take-over offer in accordance with the provision of this Code or any guidelines, directions, practice notes and rulings issued by the Commission.
Revocation and saving
All take-over and merger transactions that have been commenced or undertaken before the commencement of this Code shall be dealt with under the provisions of the Malaysian Code on Take-overs and Mergers 2010 as if the Code has not been revoked.
P.U. (B) 356 11
Dated 11 August 2016
[SC/GC (R&R)/Subsidiary-TOM Code/2015 (210)-1; KK/SID/P/(S)/483/669/4 JLD.
(SK.1); PN(PU2)662/XI]
DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Second Minister of Finance