Malaysia legislation
Section 13
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 13
Meterai perbadanan
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan”
boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
(3)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Lembaga, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 19
disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa, dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak
Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Lembaga bagi maksud itu.
(4)
Meterai perbadanan
Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan kehakiman bagi semua maksud rasmi.
Pewakilan fungsi atau kuasa Lembaga