/akn/my/act/act/1996/545

*AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1996
Sections
77
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 is Malaysia Act, cited as Act 545 1996, currently marked in force and first recorded in 1996.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan perkara yang berkaitan dengannya. [15 Februari 1996, P.U. (B) 66/1996] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Perkhidmatan

Open as pageSuggest a correction

Kewangan Labuan 1996 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam

Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

(b)

diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual;

“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen 15(1);

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 5;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 29(1);

“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;

“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang tanggungan”, berhubung dengan pegawai atau pekhidmat

Lembaga, ertinya isteri atau suami, ibu atau bapa, anak, termasuk anak angkat atau anak tiri, atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri dari semasa ke semasa melalui notis yang disiarkan dalam Warta;

“pegawai perakaunan”

termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima, atau mengakaunkan, apa-apa wang dalam Kumpulan

Wang, atau yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan dan harta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan dan harta sedemikian;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah mana-mana Pendaftar Rantau,

Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Syarikat;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 5;

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 11

“perbadanan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperbadankan atau wujud di dalam atau di luar

Malaysia dan termasuklah mana-mana syarikat Labuan asing sebagaimana yang ditafsirkan dalam Akta Syarikat Labuan 1990

[Akta 441] tetapi tidak termasuk—

Suggest a correction

(b)

mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan

Suggest a correction

(c)

mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi;

“perkhidmatan kewangan Labuan” ertinya apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Objektif Lembaga adalah—

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

(a)

untuk memajukan dan membangunkan Labuan sebagai suatu pusat antarabangsa bagi perniagaan dan perkhidmatan kewangan;

Suggest a correction

(b)

untuk memajukan objektif, dasar dan keutamaan Negara bagi pembangunan dan pentadbiran yang teratur akan perniagaan antarabangsa dan perkhidmatan kewangan di

Labuan; dan

Suggest a correction

(c)

untuk bertindak sebagai pihak berkuasa pengawalseliaan, penyeliaan dan penguatkuasaan pusat bagi industri perniagaan antarabangsa dan perkhidmatan kewangan di

Labuan.

Fungsi dan kuasa Lembaga

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk mentadbir, menguatkuasakan, menjalankan dan melaksanakan peruntukan Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa jua yang bersampingan dengan undang-undang itu dan untuk memastikan bahawa undang-undang itu dipatuhi;

Suggest a correction

(b)

untuk menjalankan, menunaikan dan melaksanakan apa-apa kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah undang-undang yang disebut dalam perenggan (a);

Suggest a correction

(c)

untuk mengekalkan reputasi baik Labuan sebagai suatu pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa;

Suggest a correction

(d)

untuk menjalankan penyelidikan dan menyebabkan diadakan kajian mengenai perkhidmatan kewangan di

Labuan;

Suggest a correction

(e)

untuk membuat syor bagi mewujudkan dan memperbaiki apa-apa kemudahan yang akan meningkatkan daya tarikan

Labuan sebagai pusat bagi perkhidmatan kewangan;

Suggest a correction

(f)

untuk bekerjasama dengan institusi kewangan Labuan dan persatuan profesional dan industri di Labuan untuk memajukan dan mengadakan perkhidmatan kewangan dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 13

menggalakkan standard yang tinggi bagi perkhidmatan kewangan Labuan;

Suggest a correction

(g)

untuk menasihati dan membuat syor kepada Menteri mengenai perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan; dan

Suggest a correction

(h)

untuk menjalankan semua aktiviti dan melakukan semua perkara sebagaimana yang perlu atau bermanfaat dan wajar bagi pentadbiaran Lembaga, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas—

(a)

untuk melantik mana-mana ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;

Suggest a correction

(b)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;

Suggest a correction

(c)

untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Lembaga boleh, dengan kelulusan bertulis

Menteri, menubuhkan atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertubuhan perbadanan—

(a)

bagi maksud menggalakkan penyelidikan dan latihan berhubung dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;

Suggest a correction

(b)

bagi maksud meningkatkan pembangunan perkhidmatan kewangan luar pesisir; atau

Suggest a correction

(c)

jika penubuhan atau pengambilbahagian itu suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi Lembaga yang diperuntukkan

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

(Dipotong oleh Akta A1365).

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan

Suggest a correction

Seksyen 4B

Open as pageSuggest a correction

(a)

dasar yang hendaklah diikuti oleh institusi kewangan

Labuan itu yang berhubungan dengan penjalanan perniagaan institusi itu di Labuan;

Suggest a correction

(b)

penyeliaan dan pengawalseliaan institusi kewangan Labuan itu menurut undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan;

Suggest a correction

(c)

dasar kewangan yang hendaklah dilaksanakan oleh institusi kewangan Labuan itu; dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 15

Suggest a correction

(d)

tindakan yang hendaklah diambil oleh institusi kewangan

Labuan itu yang berhubungan dengan anggotanya atau pekhidmatnya.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana institusi kewangan Labuan yang tidak mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda, apabila disabitkan—

(i)

boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian—

Suggest a correction

(i)

boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kuasa untuk menyiarkan maklumat

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4C

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), Lembaga boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan apa-apa tindakan yang diambil oleh Lembaga terhadap mana-mana institusi kewangan Labuan.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Keanggotaan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(c)

tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada tujuh orang lain, dua daripadanya hendaklah daripada sektor awam.

Suggest a correction

(2)

Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) hendaklah daripada kalangan orang yang mempunyai pengalaman yang relevan dalam perkara kewangan, komersil atau undang-undang.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif

Lembaga dan hendaklah dipertanggungjawabkan dengan pentadbiran harian Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Sekiranya Ketua Pengarah tiada atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, Pengerusi hendaklah melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Ketua

Pengarah.

Tempoh jawatan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota

Lembaga hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.

Seksyen 7

Perletakan jawatan dan pembatalan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan notis bertulis yang dialamatkan kepada Menteri.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 8

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 17

Open as pageSuggest a correction

(b)

jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang;

Suggest a correction

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau

Suggest a correction

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal

Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.

Kuasa Menteri memberikan arahan dan menghendaki maklumat

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menghendaki Lembaga memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat mengenai pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan dan Lembaga hendaklah mematuhi kehendak sedemikian.

Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada Akta ini dan kelulusan Menteri, Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Seksyen 11

Lembaga boleh mengundang orang lain ke mesyuarat

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidaklah mempunyai hak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

Seksyen 12

Saraan atau elaun

Open as pageSuggest a correction

Anggota Lembaga atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga di bawah seksyen 11 boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yang ditentukan oleh Menteri.

Seksyen 13

Meterai perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan”

boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Lembaga, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 19

disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa, dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak

Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Lembaga bagi maksud itu.

Suggest a correction

(4)

Meterai perbadanan

Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan kehakiman bagi semua maksud rasmi.

Pewakilan fungsi atau kuasa Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(b)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga;

atau

Suggest a correction

(2)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana-mana fungsi atau kuasa di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.

Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu tertakluk kepada dan

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi, tertakluk kepada subseksyen (3).

Suggest a correction

(5)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang, bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu tetapi orang yang diundang sedemikian tidaklah berhak mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.

Suggest a correction

(6)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak dilantik semula.

Suggest a correction

(8)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

Suggest a correction

(9)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada

Pengerusi Lembaga.

Minit

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga atau sesuatu jawatankuasa

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 21

berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu adalah layak sewajarnya untuk bertindak.

Penzahiran kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana institusi kewangan Labuan;

Suggest a correction

(b)

apa-apa syer atau kepentingan—

dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan Lembaga;

dalam apa-apa kerja yang dilakukan untuk Lembaga;

atau dalam mana-mana syarikat atau firma yang dengannya

Lembaga bercadang hendak membuat kontrak berkenaan dengan apa-apa pengusahaan; atau

Suggest a correction

(c)

apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadangkan hendak diperoleh, dibeli, dipajakkan atau diurusniagakan selainnya oleh Lembaga, yang diketahuinya akan tersentuh atau mungkin akan tersentuh oleh mana-mana projek, skim atau perusahaan yang diluluskan atau dicadangkan hendak diluluskan oleh Lembaga, hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya kepada Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(7)

, perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), pada mesyuarat yang pertama

Lembaga atau jawatankuasa yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu;

Suggest a correction

(b)

dalam hal perenggan (1)(b) dan (c)—

pada mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yang dalamnya apa-apa soal yang berhubungan dengan kontrak, perolehan, pembelian, pemajakan, urus niaga, projek atau skim yang disebut dalam perenggan itu mula-mula dipertimbangkan;

jika anggota itu tidak mempunyai apa-apa syer atau kepentingan sebagaimana yang disebut dalam subperenggan (i) pada tarikh mesyuarat yang disebut dalam subperenggan itu, pada mesyuarat sedemikian yang berikutnya yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu; atau jika seseorang anggota memperoleh apa-apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak dengan Lembaga selepas kontrak itu dibuat, pada mesyuarat yang pertama yang diadakan selepas anggota itu memperoleh syer atau kepentingan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, suatu notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seseorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah pemegang syer atau pengarah mana-mana syarikat atau firma yang tertentu dan hendaklah dikira mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang mungkin, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkan sebagai perisyitharan yang mencukupi tentang kepentingan berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian.

Suggest a correction

(4)

Notis yang diberikan di bawah subseksyen (3) tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika ia diberikan pada mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau anggota yang berkenaan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca pada mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yang berikutnya selepas notis itu diberikan.

Suggest a correction

(5)

Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut subseksyen (1)

hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang padanya perisytiharan itu dibuat atau dibaca.

Suggest a correction

(6)

Tiada seorang pun anggota Lembaga atau jawatankuasa boleh—

(a)

mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian

(kecuali dengan undangan Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan) mengenai apa-apa perkara yang menyentuh mana-mana institusi kewangan

Labuan yang dalamnya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia sudah mengisytiharkan syer atau kepentingannya itu, atau dalam apa-apa keputusan yang berhubungan dengannya atau dalam apa-apa perkara yang bersampingan dengannya;

Suggest a correction

(b)

mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal yang berhubungan dengan apa-apa kontrak, pemerolehan, pembelian, pajakan, urus niaga, projek atau skim yang dalamnya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia sudah mengisytiharkan syer atau kepentingannya itu, atau mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian (kecuali dengan undangan Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan)

atau apa-apa keputusan yang berhubungan dengannya atau apa-apa perkara yang bersampingan dengannya, dan jika dia berbuat sedemikian—

(aa) undinya tidak boleh dikira; dan

(bb) dia tidak boleh dikira dalam kuorum yang hadir pada mesyuarat mengenai pertimbangtelitian, ketetapan atau soal itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Seseorang anggota yang, sebelum pelantikannya sebagai anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, sudah memperoleh syer atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya itu kepada

Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik sahaja dia dilantik melalui notis am yang hendaklah diberikan kepada Lembaga atau jawatankuasa.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Suggest a correction

(8)

Mana-mana anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa yang tidak mendedahkan syer atau kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pemeliharaan kerahsiaan

Suggest a correction

Seksyen 17A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai dan pekhidmatnya serta orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, gratuiti atau elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 25

Penubuhan tabung kebajikan kakitangan

Suggest a correction

Seksyen 18A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tabung

Kebajikan

Kakitangan

Lembaga

Perkhidmatan

Kewangan Labuan hendaklah digunakan bagi maksud yang sesuai dengan kebajikan pegawai dan pekerja Lembaga, termasuk tanggungan mereka, sebagaimana yang dari semasa ke semasa diperuntukkan dalam arahan amanah yang dikeluarkan oleh Lembaga dengan kelulusan

Menteri, dan arahan tersebut boleh memperuntukkan cara dan tatacara bagi pembuatan pemberian, pinjaman atau bayaran lain daripada Tabung itu.

Kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga.

Seksyen 20

Jawatankuasa tatatertib

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib

Lembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada—

Suggest a correction

(i)

Pengerusi

Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

(ii)

sekurang-kurangnya dua anggota Lembaga, tidak termasuk Ketua Pengarah yang ditentukan daripada kalangan anggota itu sendiri; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pegawai atau pekhidmat Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b):

(a)

jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Lembaga, selain daripada Pengerusi

Lembaga, atau Pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu; dan

Suggest a correction

(b)

seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidak boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jawatankuasa yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b)

hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

Suggest a correction

(5)

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22.

Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan 20(2)(b) boleh dirayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi

Lembaga Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus;

dan

Suggest a correction

(b)

tiga anggota

Lembaga, yang bukannya anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga

Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

Suggest a correction

(4)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2), seorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

Suggest a correction

(5)

Keputusan Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan konklusif.

Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 22

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman itu boleh

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

meliputi amaran, denda, perlucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunan pangkat dan buang kerja;

Suggest a correction

(c)

hendaklah memberikan kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:

jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

jika

Lembaga, atas syor

Menteri yang dipertanggungkan dengan hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan

Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat

Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;

Suggest a correction

(d)

boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti selesainya prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya; dan

Suggest a correction

(e)

boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga jika

Suggest a correction

(i)

Paragraph

(iii)

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 29

pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.

Pengenaan surcaj

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(a)

tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada

Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

Suggest a correction

(b)

yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Lembaga yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

Suggest a correction

(c)

yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain

Lembaga;

Suggest a correction

(d)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

Suggest a correction

(e)

tidak membuat apa-apa pembayaran, atau yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

Suggest a correction

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis seperti yang disebut terdahulu, Lembaga boleh—

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

(a)

dalam hal perenggan (1)(a),(b) dan (c) mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam, atau pemusnahan harta yang dilakukan; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

Pemberitahuan surcaj

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcajkan berkenaan dengan surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen 23(3).

Seksyen 25

Penarikbalikan surcaj

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun subseksyen 23(3) dan seksyen 24, Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcajkan itu akan penarikbalikan itu.

Seksyen 26

Mendapatkan surcaj

Open as pageSuggest a correction

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen 23(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 25 hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh didakwa dan diperdapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman

Lembaga dan boleh juga, jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga, diperdapatkan melalui potongan—

(b)

daripada pencen orang yang disurcajkan,

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 31

dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

Keanggotaan Lembaga dalam kes khas

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Ketua Pengarah, keanggotaan Lembaga bagi maksud seksyen 23 hingga 26 tidaklah termasuk Ketua Pengarah.

Seksyen 28

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

BAHAGIAN IIA

KUASA PENGUATKUASAAN DAN PEMELIHARAAN MAKLUMAT

Seksyen 28A

Tafsiran berhubung dengan Bahagian IIA

Open as pageSuggest a correction

“agensi penguat kuasa undang-undang tempatan” termasuklah suatu badan atau agensi yang pada masa ini bertanggungjawab di Malaysia bagi penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan, pengesanan dan penyiasatan mana-mana kesalahan jenayah;

“bank luar pesisir berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Bank Luar Pesisir 1990;

“harta” ertinya—

(a)

tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, harta alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; dan 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Suggest a correction

(b)

dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk yang menjadi keterangan tentang hakmilik atau kepentingan dalam aset yang disebut dalam perenggan (a), termasuk cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf dan surat kredit;

“kesalahan jenayah” ertinya mana-mana kesalahan di bawah—

Suggest a correction

(a)

mana-mana undang-undang dalam

Malaysia yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan;

Suggest a correction

(d)

Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988

[Akta340];

Suggest a correction

(f)

mana-mana undang-undang bertulis lain di Malaysia yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan;

“pegawai polis” ertinya mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];

“pihak berkuasa” ertinya mana-mana pihak berkuasa yang diletakhakkan dengan kuasa penyeliaan dan pengawalseliaan atau kuasa penguatkuasaan yang terletak di dalam atau di luar Malaysia;

“pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan yang berkaitan di Malaysia atau mana-mana negara lain yang menjalankan fungsi pengawalseliaan ke atas operasi institusi kewangan luar pesisir.

Penyerahan maklumat

Suggest a correction

Seksyen 28B

Open as pageSuggest a correction

(a)

yang berhubungan dengan pengenalan, hal ehwal, akaun atau butir-butir mana-mana orang yang merupakan pelanggan institusi kewangan luar pesisir itu atau mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan institusi kewangan luar pesisir itu, atau penama atau benefisiarinya;

Suggest a correction

(b)

yang berhubungan dengan pengenalan, hal ehwal atau butir-butir seseorang pemunya benefisial suatu akaun yang dibuka dengan institusi kewangan luar pesisir itu atau mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan institusi kewangan luar pesisir itu, atau yang berhubungan dengan akaun itu;

atau

Suggest a correction

(c)

yang disifatkan oleh Lembaga sebagai perlu atau suai manfaat bagi pelaksanaan fungsi pengawasan itu.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa maklumat yang diperoleh oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual adalah sulit dan rahsia antara Lembaga dengan orang yang memberikannya, dan tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang dalam pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen ini boleh dengan apa-apa cara menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.

Suggest a correction

(6)

Walau apa pun subseksyen (5), Lembaga boleh, memberi, membocorkan, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan apa-apa maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1)—

(a)

kepada mana-mana orang secara terkumpul atau mengikut kumpulan jika difikirkan patut olehnya untuk berbuat demikian, dan penzahiran itu hendaklah terbatas kepada

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

maklumat yang tidak berkaitan dengan mana-mana satu institusi kewangan Labuan;

Suggest a correction

(b)

kepada pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan suatu institusi kewangan Labuan dan penzahiran itu bolehlah termasuk apa-apa maklumat yang berkaitan dengan mana-mana satu institusi kewangan

Labuan di bawah pengawalseliaan pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan itu jika pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan itu mempunyai peruntukan yang perlu dalam dokumen konstituennya atau undang-undang yang bersamaannya untuk melindungi maklumat itu daripada penzahiran yang menyalahi undang-undang;

Suggest a correction

(c)

kepada agensi penguat kuasa undang-undang tempatan, jika terdapat syak yang munasabah berdasarkan keterangan yang diberikan kepada Lembaga tentang suatu kesalahan jenayah yang akan dilakukan atau sedang dilakukan atau telah dilakukan dengan syarat bahawa agensi penguat kuasa undang-undang tempatan itu telah menyempurnakan suatu aku janji kerahsiaan yang memihak kepada Lembaga yang berhubungan dengan apa-apa maklumat yang diberikan di bawah subseksyen ini;

Suggest a correction

(d)

menurut suatu perintah oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa dalam apa-apa prosiding, jika perintah yang diperoleh telah diperoleh melalui suatu permohonan ex-parte, Lembaga boleh memberitahu orang yang tersentuh oleh perintah itu dan selepas menerima pemberitahuan itu, orang yang tersentuh itu bolehlah memfailkan permohonan yang perlu kepada mahkamah untuk menentang perintah itu atau selainnya mematuhi perintah itu dengan sewajarnya;

Suggest a correction

(e)

dengan keizinan institusi kewangan Labuan itu atau pelanggan institusi kewangan Labuan itu; atau

Suggest a correction

(f)

dalam melaksanakan apa-apa perkiraan undang-undang atau memorandum persefahaman atau perjanjian dengan mana-mana kerajaan asing atau pihak berkuasa pengawalseliaan asing yang dibuat oleh—

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 35

Suggest a correction

(i)

Kerajaan Malaysia;

(iii)

mana-mana agensi penguat kuasa undang-undang tempatan yang berkaitan dengan kelulusan menteri yang berkaitan.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, Lembaga boleh menerima apa-apa maklumat daripada mana-mana orang atau pihak berkuasa dalam masa menjalankan mana-mana kuasa atau kewajipan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam

Jadual.

Suggest a correction

(10)

Mana-mana orang yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga atau tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a)

dalam hal seseorang individu, didenda tidak melebihi satu juta dan lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal suatu perbadanan atau perkongsian boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

Suggest a correction
Suggest a correction

(11)

Mana-mana orang yang tidak merahsiakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk melaporkan kesalahan yang disyaki dan keadaan yang tidak memuaskan

28BA. (1) Jika Lembaga dalam menjalankan mana-mana kuasanya atau dalam menunaikan kewajipannya, atau dalam melaksanakan

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

mana-mana fungsinya, di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, mengesyaki mana-mana orang telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, adalah sah bagi

Lembaga untuk memberikan maklumat tentang pelakuan itu kepada pegawai polis yang menjaga balai polis atau kepada mana-mana pegawai polis lain, atau untuk menyampaikan apa-apa maklumat berhubung dengan kesalahan itu kepada mana-mana institusi bank, atau kepada mana-mana institusi kewangan lain atau orang lain yang tersentuh oleh kesalahan itu, atau kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau untuk menguatkuasakan, peruntukan undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu disyaki oleh Lembaga telah dilakukan.

Suggest a correction

(2)

Lembaga boleh memberitahu pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan, di bawah syarat kerahsiaan, tentang apa-apa keadaan yang tidak memuaskan dalam suatu institusi kewangan Labuan jika

Lembaga berpuas hati bahawa maklumat itu perlu bagi fungsi pengawalseliaan pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan itu.

Suggest a correction

(3)

Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya, walau apa pun apa-apa yang tidak selaras dengannya, atau berlawanan dengannya, dalam Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual atau dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Pemeriksaan

Suggest a correction

Seksyen 28C

Open as pageSuggest a correction

(b)

untuk membuat salinan atau mengambil cabutan daripada, apa-apa rekod, laporan atau dokumen daripada mana-mana institusi kewangan Labuan atau mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan mana-mana institusi kewangan Labuan.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 37

Suggest a correction

(2)

Mana-mana institusi kewangan Labuan yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pelantikan pegawai penyiasat, kuasa, fungsi dan kewajipan

Suggest a correction

Seksyen 28D

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, dan jika pegawai penyiasat itu bukan pegawai atau pekerja Lembaga, dia hendaklah, berhubung dengan kuasa, fungsi dan kewajipan itu—

(b)

menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan jaminan tanggung rugi seperti yang ditetapkan dalam, peruntukan Akta ini atau undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seseorang pegawai atau pekerja Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Lembaga, atau mana-mana pegawai lain

Lembaga yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi pihak

Lembaga, dan mana-mana pegawai atau pegawai penyiasat lain yang lebih tinggi pangkatnya daripada dia, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi mana-mana perintah, arahan, syarat, batasan atau had yang dinyatakan oleh

Lembaga, atau pegawai Lembaga yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Lembaga, atau seorang pegawai penyiasat yang lebih tinggi pangkatnya daripada dia, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam hal atau keadaan yang tertentu.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan pegawai penyiasat.

Suggest a correction

(6)

(Dipotong oleh Akta A1365).

Kuasa untuk masuk, menggeledah dan menyita

Suggest a correction

Seksyen 28E

Open as pageSuggest a correction

(a)

masuk ke dalam mana-mana premis sesuatu institusi kewangan Labuan atau mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan mana-mana institusi kewangan Labuan;

Suggest a correction

(b)

menggeledah premis itu bagi apa-apa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen;

Suggest a correction

(c)

memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang disita dan ditahan sedemikian;

Suggest a correction

(d)

mengambil milik dan mengalihkan daripada premis itu, apa-apa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang disita atau ditahan sedemikian dan menahannya bagi tempoh yang difikirkan perlu olehnya;

Suggest a correction

(e)

memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, jika pegawai penyiasat itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa ada pada orang itu apa-apa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen, termasuklah dokumen

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 39

peribadi, yang pada pendapat pegawai penyiasat itu, adalah perlu bagi maksud menyiasat apa-apa kesalahan jenayah;

Suggest a correction

(f)

memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa barang, bekas atau wadah; atau

Suggest a correction

(g)

memberhentikan, menahan atau menggeledah apa-apa kenderaan.

Suggest a correction

(2)

Seseorang pegawai penyiasat boleh, jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau kenderaan dan masuk ke dalam premis atau kenderaan itu;

Suggest a correction

(b)

memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau

Suggest a correction

(c)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di premis itu, atau di dalam kenderaan itu, sehinggalah penggeledahan itu selesai.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun peruntukan di bawah Akta ini yang berlawanan, apa-apa penahanan mana-mana orang di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran seorang

Majistret.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik, dan menahan selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu olehnya, apa-apa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang dikemukakan di hadapannya semasa menjalankan penyiasatannya atau yang dijumpai pada orang yang sedang diperiksa olehnya.

Suggest a correction

(5)

Suatu senarai kesemua benda yang disita dalam menjalankan suatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan premis di mana barang tersebut masing-masing itu dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai penyiasat yang menjalankan penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Suggest a correction

(6)

Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah dibenarkan hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu atas permintaannya.

Suggest a correction

(7)

Walau apa pun peruntukan sebelum ini, tiada pegawai penyiasat

Lembaga boleh masuk ke dalam mana-mana premis melalui penggunaaan kekerasan tanpa waran penggeledahan yang dikeluarkan oleh seorang Majistret melainkan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kelengahan dalam mendapatkan waran penggeledahan itu akan menyebabkan apa-apa harta, rekod, laporan, objek, barang, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen boleh diganggu atau dimusnahkan atau matlamat apa-apa kemasukan mungkin terkecewa.

Suggest a correction

(8)

Seseorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—

(a)

apabila menutup suatu penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripadanya; atau

Suggest a correction

(b)

dengan mendapat keizinan bertulis terlebih dahulu daripada pegawai atasannya, pada bila-bila masa sebelum menutup penyiasatan, melepaskan mana-mana harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang disita, ditahan atau dialihkan olehnya, kepada mana-mana orang yang ditentukan olehnya berhak di sisi undang-undang kepada harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen itu jika dia berpuas hati bahawa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen itu tidak diperlukan lagi bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Suggest a correction
Suggest a correction

(9)

Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penyiasat yang menyebabkan apa-apa pelepasan mana-mana harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen di bawah subseksyen (8) berkenaan dengan pelepasan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 41

itu yang menyatakan dengan terperinci hal keadaan dan sebab bagi, pelepasan itu.

Suggest a correction

(10)

Jika pegawai penyiasat tidak dapat menentukan orang yang berhak di sisi undang-undang ke atas harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain itu atau jika terdapat lebih daripada seorang yang menuntut harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada seorang Majistret yang hendaklah kemudiannya memperlakukan harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 413(2), (3) dan

Suggest a correction

(4)

, seksyen 414, 415 dan 416 Kanun Tatacara Jenayah.

Kuasa untuk memeriksa orang

Suggest a correction

Seksyen 28F

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang pegawai penyiasat yang menyiasat suatu kesalahan boleh—

(a)

memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu;

Suggest a correction

(b)

memerintahkan mana-mana orang supaya mengemukakan kepadanya harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen atau apa-apa salinannya yang diperaku, atau apa-apa artikel lain yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; atau

Suggest a correction

(c)

melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang supaya memberi suatu pernyataan bertulis yang dibuat

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

dengan bersumpah atau dengan ikrar yang menerangkan dalamnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu, iaitu maklumat yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Perenggan (2)(b) tidak terpakai bagi lejar, buku harian, buku tunai, buku akaun dan semua buku atau dokumen lain yang digunakan dalam penjalanan biasa perniagaan sesuatu bank.

Suggest a correction

(4)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan

Suggest a correction

(2)

(a)

telah diberikan hendaklah—

(a)

hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari apabila diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaaan itu selesai; dan

Suggest a correction

(b)

sepanjang pemeriksaan itu, mendedahkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang ada padanya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya dia sedang diperiksa, dan menjawab apa-apa soalan yang ditanya dengan benar dan berdasarkan apa yang dia tahu dan percaya, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa soalan itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan

Suggest a correction

(2)

(b)

tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, mengalihkan dari

Malaysia, atau mengurusniagakan, menjual, atau melupuskan apa-apa buku, rekod, laporan, dokumen atau barang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen itu, atau menyebabkan supaya perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan itu.

Suggest a correction

(6)

Seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (2)(c) hendaklah, dalam pernyataannya, memberikan dan mendedahkan dengan benar semua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang ada padanya, atau yang boleh didapati olehnya, dan tidak

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 43

boleh enggan untuk memberikan atau mendedahkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah.

Suggest a correction

(7)

Seseorang yang kepadanya suatu notis telah diberikan di bawah subseksyen (2) hendaklah mematuhi perintah atau notis itu dan subseksyen (4), (5) dan (6) walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan.

Suggest a correction

(8)

Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa buku, rekod, laporan, dokumen atau barang menurut subseksyen (2), (4) dan (6), baik orang yang mula-mula disebutkan itu, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahan atau sebagai ejen atau pekerjanya orang mula-mula disebut itu mungkin bertindak, tidak boleh disebabkan pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana perjanjian atau perkiraan atau selainnya.

Suggest a correction

(9)

Seseorang pegawai penyiasat yang memeriksa seseorang di bawah perenggan (2)(a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang itu dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah dibaca kepada dan ditandatangani oleh orang itu, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai itu hendaklah mengendorskan hakikat keengganan itu di bawah tandatangannya dengan menyatakan hal keengganannya tersebut dan sebab-sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

Suggest a correction

(10)

Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (2)(a), atau pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (2)(c), atau apa-apa buku, rekod, laporan, dokumen atau barang yang dikemukakan di bawah perenggan (2)(b), atau selainnya dalam penjalanan sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (2)(a), atau di bawah suatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (2)(c), hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, tidak kira sama ada prosiding itu adalah

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

terhadap orang yang telah diperiksa, atau yang mengemukakan buku, rekod, laporan, dokumen atau barang itu, atau yang telah membuat pernyataan bertulis dengan bersumpah atau ikrar, atau terhadap mana-mana orang lain.

Suggest a correction

(11)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pemeriksaan ke atas seseorang

Suggest a correction

Seksyen 28G

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh diperiksa di bawah Bahagian ini kecuali oleh seseorang pegawai penyiasat yang sama jantinanya dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.

Halangan terhadap penjalanan kuasa pegawai penyiasat

Suggest a correction

Seksyen 28H

Open as pageSuggest a correction

(a)

enggan memberikan mana-mana pegawai penyiasat akses kepada apa-apa premis atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;

Suggest a correction

(b)

menyerang, menggalang, menghalang atau melengah-lengahkan seseorang pegawai penyiasat itu masuk sedangkan dia berhak untuk masuk;

Suggest a correction

(c)

tidak mematuhi apa-apa tuntutan sah daripada mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan tugas-tugasnya di bawah Bahagian ini;

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 45

Suggest a correction

(d)

enggan memberikan kepada seseorang pegawai penyiasat apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang mungkin semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;

Suggest a correction

(e)

tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat, apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen, yang dikehendaki oleh pegawai penyiasat itu;

Suggest a correction

(f)

menyelamatkan atau berusaha untuk menyelamatkan apa-apa benda yang telah disita dengan wajar;

Suggest a correction

(g)

memberi kepada seseorang pegawai penyiasat sebagai benar apa-apa maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu; atau

Suggest a correction

(h)

sebelum atau selepas apa-apa penggeledahan atau penyitaan, memecah buka atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya, atau pengambilan harta, rekod, laporan atau dokumen, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pemberian maklumat

Suggest a correction

Seksyen 28I

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai penyiasat sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Suggest a correction

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin boleh menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan jika seorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada kliennya atau wakil kliennya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada klien itu dalam menjalankan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

Suggest a correction

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk mencapai apa-apa maksud yang salah di sisi undang-undang.

Suggest a correction

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, adalah suatu pembelaan jika dibuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (2)(b) itu mungkin menjejaskan penyiasatan itu; atau

Suggest a correction

(b)

dia mempunyai kuasa di sisi undang-undang atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 47

Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 28J

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datang daripada seseorang dalam Lembaga itu dan mencukupi, pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa kesusahan dalam kehidupannya berkaitan dengan prosiding terhadapnya.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan padanya suatu notis bertulis, yang hendaklah diterangkan atau diterjemahkan kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang bermaksud seperti yang berikut:

“Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu didakwa atas.....(kesalahan jenayah yang mungkin dipertuduhkan). Adakah kamu hendak mengatakan apa-apa? Jika ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di mahkamah,

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke mahkamah, kurang kemungkinan keterangan kamu akan dipercayai dan ini akan membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu fakta itu ditulis, ini akan dilakukan.”.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikian disampaikan padanya jika notis sedemikian disampaikan padanya dengan seberapa segera yang semunasabahnya mungkin selepas pernyataan itu dibuat.

Suggest a correction

(5)

Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang tertuduh pada menjawab notis bertulis yang disampaikan padanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela.

Suggest a correction

(6)

Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan, keterangan diberikan bahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa kerananya, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dia semunasabahnya dapat dijangkakan akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, maka mahkamah dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa kesimpulan daripada kegagalan itu sebagaimana yang pada pendapatnya patut; dan kegagalan itu boleh, berasaskan kesimpulan itu, dikira sebagai, atau sebagai dapat disamakan dengan, sokongan apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya kegagalan itu merupakan suatu perkara material.

Suggest a correction

(7)

Tiada apa-apa jua pun dalam subseksyen (6) boleh dalam mana-mana prosiding jenayah—

(a)

menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 49

apa jua pun dikatakan dalam kehadirannya berhubung dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan itu boleh diterima selain oleh sebab subseksyen itu; atau

Suggest a correction

(b)

dikira sebagai menghalang pembuatan apa-apa kesimpulan daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain oleh sebab subseksyen itu.

Kebolehterimaan pernyataan dan dokumen orang yang sudah mati atau tidak dapat dikesan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 28K

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang disebut dalam Jadual—

(a)

apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai penyiasat semasa sesuatu penyiasatan ke atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang disebut dalam Jadual; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana dokumen, atau salinan mana-mana dokumen, yang disita daripada mana-mana orang oleh seseorang pegawai penyiasat pada menjalankan kuasanya di bawah

Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di Malaysia di hadapan mana-mana mahkamah, jika orang yang membuat pernyataan atau dokumen itu atau salinan dokumen itu sudah mati, atau tidak dapat dikesan atau ditemui, atau sudah menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah adalah tidak munasabah.

Kebolehterimaan terjemahan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 28L

Open as pageSuggest a correction

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh pegawai diberi kuasa Lembaga, Pendakwa Raya atau seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa undang-undang tempatan atau pihak berkuasa pengawalseliaan asing di luar

Malaysia.

Keterangan yang diambil di negara asing

Suggest a correction

Seksyen 28M

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “kedutaan Malaysia” ertinya kedutaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dalam mana-mana negara asing.

Kebolehterimaan pernyataan

Suggest a correction

Seksyen 28N

Open as pageSuggest a correction

Rekod sesuatu pemeriksaan, apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen yang dikemukakan, atau apa-apa pernyataan yang direkodkan oleh Lembaga di bawah Akta ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah bagi, atau berhubung dengan, suatu kesalahan atau apa-apa perkara lain di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang diperiksa, atau yang mengemukakan harta, rekod, laporan atau dokumen itu, atau

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 51

yang telah membuat pernyataan bertulis dengan bersumpah atau ikrar, atau terhadap mana-mana orang lain.

Seksyen 28O

Perlindungan pemberi maklumat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apa-apa buku, kertas atau dokumen lain, atau apa-apa rakaman visual atau rakaman bunyi, atau perkara lain atau bahan lain yang diberikan sebagai keterangan atau boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil, jenayah atau apa-apa prosiding lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) mengandungi apa-apa catatan atau perkara lain yang dalamnya mana-mana orang yang memberikan maklumat itu dinamakan atau diperihalkan atau ditunjukkan, atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan supaya semua bahagian daripadanya atau petikan di dalamnya ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan atau selainnya dialihkan setakat yang perlu untuk melindungi orang itu daripada diketahui.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang memberikan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) yang mengetahui bahawa maklumat itu adalah palsu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan bagi maksud apa-apa penyiasatan ke atas, atau pendakwaan, apa-apa kesalahan di bawah subseksyen ini, subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Bantuan kepada pihak berkuasa lain

Suggest a correction

Seksyen 28P

Open as pageSuggest a correction

(a)

membekalkan kepada pihak berkuasa yang meminta suatu salinan apa-apa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang disita, yang ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 28E atau dikemukakan di bawah perenggan 28F(2)(b), atau apa-apa pernyataan bertulis dengan bersumpah atau ikrar yang dibuat di bawah perenggan 28F(2)(c), atau apa-apa rekod pemeriksaan yang dibuat di bawah subseksyen 28F(9), atau selainnya dalam penjalanan apa-apa pemeriksaan di bawah seksyen 28F, dan pihak berkuasa yang meminta itu bolehlah menggunakan salinan harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen atau rekod pemeriksaan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian tugas-tugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau

Suggest a correction

(b)

membenarkan pihak berkuasa yang meminta itu mendapat akses kepada dan memeriksa mana-mana harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang telah dikemukakan sebelum ini, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, dan pihak berkuasa yang meminta itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh daripada apa yang diakses atau daripada pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya atau penunaian tugas-tugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang.

Suggest a correction

(2)

Jika Lembaga bersetuju untuk memberikan apa-apa bantuan itu kepada pihak berkuasa yang meminta itu, Lembaga boleh menjalankan segala atau sebahagian daripada kuasa pegawai penyiasat itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual atau di bawah undang-undang yang ditadbir oleh pihak berkuasa yang meminta itu.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 53

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua pun dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai memberi kuasa kepada pihak berkuasa yang meminta itu untuk membocorkan, membuka, mendedahkan atau selainnya menyiarkan maklumat atau bahan yang didapati olehnya melalui subseksyen (1)

tanpa keizinan Lembaga.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;

Suggest a correction

(b)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;

Suggest a correction

(d)

fi, kos atau caj lain yang dikenakan oleh Lembaga di bawah

Akta ini atau undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;

Suggest a correction

(e)

apa-apa kompaun yang dibayar di bawah Akta ini atau undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;

(ea) kesemua wang yang dipungut oleh Lembaga bagi apa-apa penalti pentadbiran di bawah seksyen 36G atau di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual; dan

Suggest a correction

(f)

segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 30

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

Open as pageSuggest a correction

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos yang lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan atau ganjaran;

Suggest a correction

(b)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh

Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

Suggest a correction

(e)

secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Menjadi kewajipan Lembaga memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah

Akta ini dengan sedemikian cara supaya pasti bahawa jumlah hasil

Lembaga cukup untuk membayar semua jumlah wang yang dipertanggungkan sepatutnya kepada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 55

Seksyen 32

Levi

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menentukan apa-apa kadar levi sebagaimana yang perlu untuk membayar kos pentadbiran dan pengendalian Lembaga; dan kadar yang berlainan boleh ditentukan berkenaan dengan kelas berlainan perkhidmatan kewangan Labuan.

Suggest a correction

(3)

Amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah seksyen ini boleh didapatkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada

Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—

(b)

tertakluk kepada peruntukan yang berhubungan dengan kerahsiaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan institusi kewangan Labuan, penyimpanan, pemeriksaan dan pengauditan akaun institusi kewangan Labuan yang berhubungan dengan pemungutan levi itu.

Kuasa untuk mengenakan dan memungut fi

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 32A

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun mana-mana peruntukan di bawah mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengenakan dan memungut apa-apa fi bagi apa-apa pekhidmatan yang diberikan oleh atau bagi pihak Lembaga di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan

Labuan dan bagi pemberian atau pengeluaran apa-apa lesen, permit, pendaftaran, kelulusan atau pengecualian yang boleh dibenarkan atau dikeluarkan oleh Lembaga di bawah mana-mana undang-undang.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Seksyen 33

Akaun dan laporan

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu penyata akaun

Lembaga yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

Suggest a correction

(b)

pernyataan mengenai aktivitinya, bagi tahun kewangan itu.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua

Majlis Parlimen.

Suggest a correction

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Kuasa untuk meminjam

Suggest a correction

Seksyen 34

Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Open as pageSuggest a correction

Menteri, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.

Seksyen 35

Pelaburan

Open as pageSuggest a correction

Wang Lembaga hendaklah, setakat yang ia tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 57

Seksyen 36

Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang

Open as pageSuggest a correction

(c)

mana-mana anggota, pegawai, jawatankuasa, pekhidmat, ejen Lembaga; atau

Suggest a correction

(d)

mana-mana orang lain yang bertindak mengikut undang-undang bagi pihak, atau sebagai mematuhi arahan Lembaga, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan atau yang diniatkan menurut atau untuk melaksanakan, Akta ini, atau undang-undang yang dinyatakan dalam

Jadual, atau apa-apa garis panduan, arahan, maklumat atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud Bahagian IIA, tiada tindakan guaman atau pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau boleh dibawa atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap mana-mana orang yang mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Bahagian IIA.

Suggest a correction

(3)

Peruntukan sebelum ini adalah merupakan tambahan kepada, dan bukan mengurangkan, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198], dan bagi maksud Akta itu, tiap-tiap orang yang disebut dalam peruntukan sebelum ini hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam atau seseorang yang terlibat atau yang diambil bekerja bagi melaksanakan kewajipan awam.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Pewakilan dalam prosiding sivil

Suggest a correction

Seksyen 36A

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap

Lembaga; atau

Suggest a correction

(b)

dalam mana-mana prosiding sivil lain yang Lembaga dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga bagi maksud itu boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan prosiding itu atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat segala kehadiran dan permohonan dan melakukan segala tindakan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, mana-mana orang termasuklah—

(a)

mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Lembaga yang telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166];

Suggest a correction

(b)

mana-mana peguam bela dan peguam cara Mahkamah

Tinggi Malaya atau Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak;

atau

Suggest a correction

(c)

seorang peguam persekutuan atau peguam kanan persekutuan di Jabatan Peguam Negara.

Kuasa tambahan Lembaga

36AA. (1) Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, Lembaga hendaklah mempunyai locus standi atau hak undang-undang—

Suggest a correction

(a)

untuk hadir, memulakan dan menjalankan prosiding (sama ada sivil atau jenayah) dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 59

dengan fungsinya dan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual;

Suggest a correction

(b)

untuk memohon dan memperoleh relief yang tersedia ada bagi mana-mana litigan sivil termasuklah tetapi tidak terhad kepada relief di bawah Akta Relief Spesifik 1950

[Akta 137];

Suggest a correction

(c)

untuk mendapatkan panduan dan arahan daripada

Mahkamah Tinggi tentang apa-apa perkara undang-undang atau tentang tafsiran atau pelaksanaan mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual; dan

Suggest a correction

(d)

untuk campur tangan dalam mana-mana prosiding yang dalamnya institusi kewangan Labuan merupakan suatu pihak.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga boleh menuntut bagi mendapatkan balik fi, jumlah wang yang kena dibayar di bawah Akta ini atau kos perundangan yang dilakukan dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini daripada orang atau institusi kewangan

Labuan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pengkompaunan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 36B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Suggest a correction

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh

Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu dibuat.

Tanggungan pengarah, pegawai, pengawal, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 36C

Jika mana-mana kesalahan terhadap mana-mana peruntukan

Open as pageSuggest a correction

Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi kewangan Labuan, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai, atau pengawal, dalam institusi kewangan

Labuan itu atau berupa sebagai bertindak dalam mana-mana sifat sedemikian, atau telah dengan apa-apa cara sehingga apa-apa takat bertanggungjawab tentang pengurusan mana-mana hal ehwal institusi kewangan Labuan itu, atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mencegah perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, dengan memberikan perhatian kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.

Seksyen 36D

Kuasa untuk mendakwa kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen 380 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], seseorang pegawai atau pekerja Lembaga yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai awam.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, mana-mana orang hendaklah termasuk—

(a)

mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Lembaga yang telah diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana peguam bela dan peguam cara Mahkamah

Tinggi Malaya atau Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Permohonan bagi penggulungan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 36E

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 61

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah boleh memerintahkan penggulungan atas petisyen yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika perbadanan yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, dan bahawa pendaftaran itu telah dibatalkan atau diserahkan balik; atau

Suggest a correction

(b)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, sama ada atau tidak perbadanan itu telah dipertuduh dengan suatu kesalahan berkenaan pelanggaran itu, atau sama ada atau tidak pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Hukuman kewangan tambahan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 36F

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa oleh sebab pelakuan kesalahan itu orang disabitkan itu memperoleh faedah kewangan atau faedah kewangan itu terakru bagi manfaat orang itu, memerintahkan orang yang disabitkan itu untuk membayar, walau apa pun amaun maksimum apa-apa denda yang selainnya boleh dikenakan di bawah

Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, suatu denda tambahan dalam amaun yang bersamaan dengan amaun faedah kewangan yang dianggarkan oleh mahkamah.

Seksyen 36G

Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan penalti pentadbiran ke atas seseorang, menyampaikan notis bertulis kepada orang itu supaya menunjukkan sebab mengapa penalti pentadbiran tidak patut dikenakan ke atasnya.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, Lembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran dalam amaun yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari berlakunya ketidakpatuhan itu dan apa-apa amaun itu tidak boleh melebihi jumlah sepuluh ribu ringgit.

Suggest a correction

(4)

Jika seseorang tidak membayar penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3), penalti yang dikenakan oleh Lembaga boleh diambil guaman terhadapnya dan didapatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Lembaga.

Injunksi atau relief lain

Suggest a correction

Seksyen 36H

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), sesuatu perintah di bawah subseksyen itu boleh mengarahkan orang itu untuk membuat apa-apa perbuatan yang dinyatakan atau menahan daripada membuat apa-apa perbuatan yang dinyatakan, bagi maksud—

(a)

menghalang atau menghentikan apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual;

Suggest a correction

(b)

memaksa mana-mana orang untuk mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 4B;

Suggest a correction

(c)

meremedi kesan apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual;

Suggest a correction

(e)

membayar pampasan kepada orang yang mengalami kerugian akibat pelanggaran itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika Lembaga membuat suatu permohonan kepada mahkamah bagi pemberian injunksi atau suatu perintah di bawah seksyen ini, mahkamah boleh, jika difikirkan adil dan saksama untuk berbuat demikian, tidak menghendaki Lembaga, sebagai syarat bagi pemberian injunksi atau perintah itu, memberikan apa-apa aku janji berkenaan ganti rugi.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar suatu injunksi atau suatu perintah yang diberikan oleh mahkamah di bawah seksyen ini yang terpakai baginya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(5)

Jika mahkamah telah memberikan suatu injunksi atau suatu perintah di bawah seksyen ini, mahkamah boleh, atas permohonan oleh mana-mana orang yang tersentuh oleh injunksi atau perintah itu, membatalkan atau mengubah injunksi atau perintah itu.

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Suggest a correction

(6)

Subseksyen (4) tidak menjejaskan kuasa mahkamah berhubung dengan hukuman bagi penghinaan mahkamah.

Suggest a correction

(7)

Sementara menunggu penyelesaian suatu injunksi atau suatu perintah oleh mahkamah di bawah seksyen ini, Lembaga boleh, jika ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu institusi kewangan Labuan—

(a)

berkemungkinan tidak berupaya untuk mengekalkan status quo harta dalam atau di bawah milikannya atau kawalannya;

Suggest a correction

(b)

berkemungkinan akan melarikan diri dengan harta itu atau melakukan apa-apa perbuatan seumpamanya;

Suggest a correction

(c)

berkemungkinan akan memindahkan harta itu ke mana-mana tempat, lokasi atau bidang kuasa yang akan menghalang mana-mana prosiding yang akan berlaku atau penghakimannya; atau

Suggest a correction

(d)

berkemungkinan akan menguruskan harta itu dengan cara yang memudaratkan mana-mana pihak berkepentingan termasuklah pelaburnya, benefisiarinya dan Lembaga, mengeluarkan suatu perintah yang membekukan mana-mana harta orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di mana jua harta itu terdapat, atau dalam milikannya, di bawah kawalannya atau yang kena dibayar daripada mana-mana sumber kepadanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Suatu perintah di bawah subseksyen (7) boleh termasuk—

(a)

suatu perintah untuk mengarahkan harta itu, atau sebahagian daripada harta itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, untuk tidak dilupuskan, atau selainnya diuruskan, oleh mana-mana orang, kecuali dengan cara dan dalam hal keadaan, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; dan

Suggest a correction

(b)

suatu perintah untuk membenarkan mana-mana pegawainya untuk menjaga dan mengawal harta, atau sebahagian daripada harta itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu jika Lembaga berpuas hati bahawa hal keadaan itu sedemikian diperlukan.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 65

Suggest a correction
Suggest a correction

(9)

Suatu perintah di bawah subseksyen (7) hendaklah terhenti berkuat kuasa selepas tiga puluh hari dari tarikh perintah itu.

Suggest a correction

(10)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh menghalang kuasa mahkamah, selepas permohonan mana-mana orang terkilan dengan perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (7), untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (7).

Suggest a correction

(11)

Apabila luput perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (7), Lembaga boleh memohon kepada Mahkamah untuk melanjutkan kesahan perintah itu kepada suatu tempoh yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Suggest a correction

(12)

Lembaga tidak bertanggungan bagi apa-apa ganti rugi atau kos yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung daripada pembuatan perintah di bawah seksyen ini melainkan jika dapat dibuktikan bahawa perintah di bawah subseksyen (7) tidak dibuat dengan suci hati.

Audit khas

Suggest a correction

Seksyen 36I

Open as pageSuggest a correction

(2)

Juruaudit khas yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah mengemukakan laporannya kepada Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Seorang juruaudit khas di bawah seksyen ini hendaklah termasuk seorang “juruaudit yang diluluskan” yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Syarikat Labuan 1990.

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Kuasa membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini—

(a)

boleh memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukannya adalah suatu kesalahan; dan

Suggest a correction

(b)

boleh memperuntukkan bagi pengenaan penalti yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi mana-mana kesalahan di bawahnya.

Kuasa Menteri untuk membuat ubah suaian

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1) selepas habis tempoh dua tahun dari mula berkuatkuasanya Akta ini.

Kuasa untuk meminda Jadual

Suggest a correction

Seksyen 38A

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, atas syor Lembaga, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

Seksyen 38B

Penyampaian dokumen kepada institusi kewangan Labuan

Open as pageSuggest a correction

(a)

meninggalkannya di pejabat berdaftar institusi kewangan

Labuan itu; atau

Suggest a correction

(b)

menghantarkannya melalui pos ke pejabat berdaftar institusi kewangan Labuan itu.

Suggest a correction

(2)

Jika dokumen atau notis itu telah disampaikan mengikut subseksyen (1), dokumen atau notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sewajarnya kepada institusi kewangan

Labuan itu.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 38C

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 67

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah bagi maksud memakai Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, disifatkan sebagai seorang pegawai awam atau seseorang yang terlibat atau yang diambil bekerja bagi melaksanakan kewajipan awam.

Percanggahan undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 38D

Open as pageSuggest a correction

Jika terdapat percanggahan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi.

Seksyen 38E

Tatacara jika tiada yang ditetapkan

Open as pageSuggest a correction

Sekiranya apa-apa perbuatan atau langkah dikehendaki atau dibenarkan untuk dilakukan atau diambil di bawah Akta ini atau undang-undang yang disebut dalam Jadual dan tiada cara atau tatacara ditetapkan sama ada dalam Akta ini atau peraturan-peraturan, permohonan boleh dibuat kepada Lembaga untuk arahan tentang cara

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

yang mengikutnya perbuatan atau langkah itu boleh dilakukan atau diambil, dan apa-apa perbuatan atau langkah yang dilakukan atau diambil mengikut arahan Lembaga hendaklah menjadi pelaksanaan yang sah perbuatan atau langkah itu.

Seksyen 39

Kecualian dan peralihan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua peraturan, petunjuk, arahan, perintah atau keputusan yang dibuat oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Akta Syarikat

Luar Pesisir 1990 dan Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 di bawah

Akta-Akta itu yang wujud sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan melainkan jika dipinda atau dibatalkan atau sehingga tarikh ia habis tempoh.

Suggest a correction

(3)

Semua permohonan, kelulusan atau keputusan yang belum selesai di hadapan Pendaftar atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, diuruskan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Semua permohonan, kelulusan atau keputusan yang belum selesai di hadapan Menteri yang bertanggungjawab bagi Akta

Syarikat Luar Pesisir 1990 dan Akta Syarikat Amanah Labuan 1990

di bawah Akta-Akta itu hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya

Akta ini, diuruskan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.

Suggest a correction

(5)

Semua surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Pendaftar atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir sebelum mula berkuatkuasanya

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 69

Akta ini hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, disifatkan telah diserah simpan dengan Lembaga.

_______________________________________

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

1. Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441]

2. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445]

3. Akta Amanah Labuan 1996 [Akta 554]

4. Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706]

5. Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705]

6. Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010

[Akta 707]

7. Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704]

___________________________________

70

Akta 545

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari yang meminda

Akta A1036 Akta Lembaga 15-10-1998

Perkhidmatan

Kewangan Luar Pesisir

Labuan (Pindaan) 1998

Akta A1337 Akta Lembaga 15-06-2009

Perkhidmatan

Kewangan Luar Pesisir

Labuan (Pindaan) 2008

Akta A1365 Akta Lembaga 11-02-2010

Perkhidmatan

Kewangan Luar Pesisir

Labuan (Pindaan) 2010

71

Akta 545

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tajuk panjang

1

2

3

4

4A-4C

9

13

14

15

17

17A

18A

Bahagian IIA

28A

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1337

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1337

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1337

Akta A1036

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1337

Akta A1365 11-02-2010

11-02-2010

15-10-1998 15-06-2009 11-02-2010

11-02-2010

15-10-1998 15-06-2009 11-02-2010

11-02-2010

11-02-2010

11-02-2010

11-02-2010

11-02-2010

11-02-2010

15-06-2009

15-10-1998 11-02-2010

11-02-2010

15-10-1998 15-06-2009 11-02-2010

Akta A1036 15-10-1998

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

28B

28BA

28C

28D

28E-28P

29

32

32A

36

36A

Akta A1337

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1337

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1365

15-06-2009 11-02-2010

11-02-2010

15-10-1998 15-06-2009 11-02-2010

15-10-1998 11-02-2010

11-02-2010

15-10-1998 11-02-2010

11-02-2010

15-10-1998 11-02-2010

15-10-1998 11-02-2010

15-10-1998 11-02-2010

36AA

36B

36C

36D-36I

37

38A-38E

Jadual

Suggest a correction

Jadual

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1365

Akta A1036

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1365

Akta A1365

11-02-2010

15-10-1998 11-02-2010

15-10-1998 11-02-2010

11-02-2010

11-02-2010

11-02-2010

11-02-2010

Common questions

What is LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996?
*AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 is Malaysia Act, cited as Act 545 1996, currently marked in force and first recorded in 1996.
Is LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996 still in force?
Yes — LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996 is currently in force.
When did LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996 take effect?
LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996 was first recorded in 1996.
How many sections does LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996 have?
LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996 contains 75 sections.
Where can I read the official version of LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996?
The official text of LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996 is published at lom.agc.gov.my.