Malaysia legislation
Section 17
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 17
(a)
apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana institusi kewangan Labuan;
(b)
apa-apa syer atau kepentingan—
dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan Lembaga;
dalam apa-apa kerja yang dilakukan untuk Lembaga;
atau dalam mana-mana syarikat atau firma yang dengannya
Lembaga bercadang hendak membuat kontrak berkenaan dengan apa-apa pengusahaan; atau
(c)
apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadangkan hendak diperoleh, dibeli, dipajakkan atau diurusniagakan selainnya oleh Lembaga, yang diketahuinya akan tersentuh atau mungkin akan tersentuh oleh mana-mana projek, skim atau perusahaan yang diluluskan atau dicadangkan hendak diluluskan oleh Lembaga, hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya kepada Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Tertakluk kepada subseksyen
(7)
, perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat—
(i)
(ii)
(iii)
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
(a)
dalam hal perenggan (1)(a), pada mesyuarat yang pertama
Lembaga atau jawatankuasa yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu;
(b)
dalam hal perenggan (1)(b) dan (c)—
pada mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yang dalamnya apa-apa soal yang berhubungan dengan kontrak, perolehan, pembelian, pemajakan, urus niaga, projek atau skim yang disebut dalam perenggan itu mula-mula dipertimbangkan;
jika anggota itu tidak mempunyai apa-apa syer atau kepentingan sebagaimana yang disebut dalam subperenggan (i) pada tarikh mesyuarat yang disebut dalam subperenggan itu, pada mesyuarat sedemikian yang berikutnya yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu; atau jika seseorang anggota memperoleh apa-apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak dengan Lembaga selepas kontrak itu dibuat, pada mesyuarat yang pertama yang diadakan selepas anggota itu memperoleh syer atau kepentingan itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, suatu notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seseorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah pemegang syer atau pengarah mana-mana syarikat atau firma yang tertentu dan hendaklah dikira mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang mungkin, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkan sebagai perisyitharan yang mencukupi tentang kepentingan berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian.
(4)
Notis yang diberikan di bawah subseksyen (3) tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika ia diberikan pada mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau anggota yang berkenaan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca pada mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yang berikutnya selepas notis itu diberikan.
(i)
(ii)
(iii)
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 23
(5)
Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut subseksyen (1)
hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang padanya perisytiharan itu dibuat atau dibaca.
(6)
Tiada seorang pun anggota Lembaga atau jawatankuasa boleh—
(a)
mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian
(kecuali dengan undangan Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan) mengenai apa-apa perkara yang menyentuh mana-mana institusi kewangan
Labuan yang dalamnya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia sudah mengisytiharkan syer atau kepentingannya itu, atau dalam apa-apa keputusan yang berhubungan dengannya atau dalam apa-apa perkara yang bersampingan dengannya;
(b)
mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal yang berhubungan dengan apa-apa kontrak, pemerolehan, pembelian, pajakan, urus niaga, projek atau skim yang dalamnya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia sudah mengisytiharkan syer atau kepentingannya itu, atau mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian (kecuali dengan undangan Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan)
atau apa-apa keputusan yang berhubungan dengannya atau apa-apa perkara yang bersampingan dengannya, dan jika dia berbuat sedemikian—
(aa) undinya tidak boleh dikira; dan
(bb) dia tidak boleh dikira dalam kuorum yang hadir pada mesyuarat mengenai pertimbangtelitian, ketetapan atau soal itu.
(7)
Seseorang anggota yang, sebelum pelantikannya sebagai anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, sudah memperoleh syer atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya itu kepada
Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik sahaja dia dilantik melalui notis am yang hendaklah diberikan kepada Lembaga atau jawatankuasa.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
(8)
Mana-mana anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa yang tidak mendedahkan syer atau kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pemeliharaan kerahsiaan