Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 21

(2)

Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan 20(2)(b) boleh dirayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi

Lembaga Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus;

dan

(b)

tiga anggota

Lembaga, yang bukannya anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga

Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.

(3)

Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

(4)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2), seorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

(5)

Keputusan Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan konklusif.

Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib

Section 21 — LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996