Malaysia legislation
Section 28A
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 28A
Tafsiran berhubung dengan Bahagian IIA
“agensi penguat kuasa undang-undang tempatan” termasuklah suatu badan atau agensi yang pada masa ini bertanggungjawab di Malaysia bagi penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan, pengesanan dan penyiasatan mana-mana kesalahan jenayah;
“bank luar pesisir berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Bank Luar Pesisir 1990;
“harta” ertinya—
(a)
tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, harta alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimanapun diperoleh; dan 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
(b)
dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk yang menjadi keterangan tentang hakmilik atau kepentingan dalam aset yang disebut dalam perenggan (a), termasuk cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf dan surat kredit;
“kesalahan jenayah” ertinya mana-mana kesalahan di bawah—
(a)
mana-mana undang-undang dalam
Malaysia yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan;
(b)
Kanun Keseksaan [Akta 574];
(c)
Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234];
(d)
Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988
[Akta340];
(e)
Akta Penculikan 1961 [Akta 365]; atau
(f)
mana-mana undang-undang bertulis lain di Malaysia yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan;
“pegawai polis” ertinya mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];
“pihak berkuasa” ertinya mana-mana pihak berkuasa yang diletakhakkan dengan kuasa penyeliaan dan pengawalseliaan atau kuasa penguatkuasaan yang terletak di dalam atau di luar Malaysia;
“pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan yang berkaitan di Malaysia atau mana-mana negara lain yang menjalankan fungsi pengawalseliaan ke atas operasi institusi kewangan luar pesisir.
Penyerahan maklumat