Malaysia legislation
Section 28B
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 28B
(a)
yang berhubungan dengan pengenalan, hal ehwal, akaun atau butir-butir mana-mana orang yang merupakan pelanggan institusi kewangan luar pesisir itu atau mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan institusi kewangan luar pesisir itu, atau penama atau benefisiarinya;
(b)
yang berhubungan dengan pengenalan, hal ehwal atau butir-butir seseorang pemunya benefisial suatu akaun yang dibuka dengan institusi kewangan luar pesisir itu atau mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan institusi kewangan luar pesisir itu, atau yang berhubungan dengan akaun itu;
atau
(c)
yang disifatkan oleh Lembaga sebagai perlu atau suai manfaat bagi pelaksanaan fungsi pengawasan itu.
(2)
(Dipotong oleh Akta A1365).
(3)
(Dipotong oleh Akta A1367).
(4)
(Dipotong oleh Akta A1365).
(5)
Apa-apa maklumat yang diperoleh oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual adalah sulit dan rahsia antara Lembaga dengan orang yang memberikannya, dan tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang dalam pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen ini boleh dengan apa-apa cara menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.
(6)
Walau apa pun subseksyen (5), Lembaga boleh, memberi, membocorkan, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan apa-apa maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1)—
(a)
kepada mana-mana orang secara terkumpul atau mengikut kumpulan jika difikirkan patut olehnya untuk berbuat demikian, dan penzahiran itu hendaklah terbatas kepada
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
maklumat yang tidak berkaitan dengan mana-mana satu institusi kewangan Labuan;
(b)
kepada pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan suatu institusi kewangan Labuan dan penzahiran itu bolehlah termasuk apa-apa maklumat yang berkaitan dengan mana-mana satu institusi kewangan
Labuan di bawah pengawalseliaan pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan itu jika pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan itu mempunyai peruntukan yang perlu dalam dokumen konstituennya atau undang-undang yang bersamaannya untuk melindungi maklumat itu daripada penzahiran yang menyalahi undang-undang;
(c)
kepada agensi penguat kuasa undang-undang tempatan, jika terdapat syak yang munasabah berdasarkan keterangan yang diberikan kepada Lembaga tentang suatu kesalahan jenayah yang akan dilakukan atau sedang dilakukan atau telah dilakukan dengan syarat bahawa agensi penguat kuasa undang-undang tempatan itu telah menyempurnakan suatu aku janji kerahsiaan yang memihak kepada Lembaga yang berhubungan dengan apa-apa maklumat yang diberikan di bawah subseksyen ini;
(d)
menurut suatu perintah oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa dalam apa-apa prosiding, jika perintah yang diperoleh telah diperoleh melalui suatu permohonan ex-parte, Lembaga boleh memberitahu orang yang tersentuh oleh perintah itu dan selepas menerima pemberitahuan itu, orang yang tersentuh itu bolehlah memfailkan permohonan yang perlu kepada mahkamah untuk menentang perintah itu atau selainnya mematuhi perintah itu dengan sewajarnya;
(e)
dengan keizinan institusi kewangan Labuan itu atau pelanggan institusi kewangan Labuan itu; atau
(f)
dalam melaksanakan apa-apa perkiraan undang-undang atau memorandum persefahaman atau perjanjian dengan mana-mana kerajaan asing atau pihak berkuasa pengawalseliaan asing yang dibuat oleh—
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 35
(i)
Kerajaan Malaysia;
(ii)
Lembaga dengan kelulusan Menteri; atau
(iii)
mana-mana agensi penguat kuasa undang-undang tempatan yang berkaitan dengan kelulusan menteri yang berkaitan.
(7)
Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, Lembaga boleh menerima apa-apa maklumat daripada mana-mana orang atau pihak berkuasa dalam masa menjalankan mana-mana kuasa atau kewajipan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam
Jadual.
(8)
(Dipotong oleh Akta A1365).
(9)
(Dipotong oleh Akta A1365).
(10)
Mana-mana orang yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga atau tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a)
dalam hal seseorang individu, didenda tidak melebihi satu juta dan lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan
(b)
dalam hal suatu perbadanan atau perkongsian boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.
(11)
Mana-mana orang yang tidak merahsiakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk melaporkan kesalahan yang disyaki dan keadaan yang tidak memuaskan
28BA. (1) Jika Lembaga dalam menjalankan mana-mana kuasanya atau dalam menunaikan kewajipannya, atau dalam melaksanakan
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
mana-mana fungsinya, di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, mengesyaki mana-mana orang telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, adalah sah bagi
Lembaga untuk memberikan maklumat tentang pelakuan itu kepada pegawai polis yang menjaga balai polis atau kepada mana-mana pegawai polis lain, atau untuk menyampaikan apa-apa maklumat berhubung dengan kesalahan itu kepada mana-mana institusi bank, atau kepada mana-mana institusi kewangan lain atau orang lain yang tersentuh oleh kesalahan itu, atau kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau untuk menguatkuasakan, peruntukan undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu disyaki oleh Lembaga telah dilakukan.
(2)
Lembaga boleh memberitahu pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan, di bawah syarat kerahsiaan, tentang apa-apa keadaan yang tidak memuaskan dalam suatu institusi kewangan Labuan jika
Lembaga berpuas hati bahawa maklumat itu perlu bagi fungsi pengawalseliaan pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan itu.
(3)
Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya, walau apa pun apa-apa yang tidak selaras dengannya, atau berlawanan dengannya, dalam Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual atau dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Pemeriksaan