Malaysia legislation

Section 28D

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 28D

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, dan jika pegawai penyiasat itu bukan pegawai atau pekerja Lembaga, dia hendaklah, berhubung dengan kuasa, fungsi dan kewajipan itu—

(a)

tertakluk kepada; dan

(b)

menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan jaminan tanggung rugi seperti yang ditetapkan dalam, peruntukan Akta ini atau undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seseorang pegawai atau pekerja Lembaga.

(3)

Seseorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Lembaga, atau mana-mana pegawai lain

Lembaga yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi pihak

Lembaga, dan mana-mana pegawai atau pegawai penyiasat lain yang lebih tinggi pangkatnya daripada dia, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi mana-mana perintah, arahan, syarat, batasan atau had yang dinyatakan oleh

Lembaga, atau pegawai Lembaga yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Lembaga, atau seorang pegawai penyiasat yang lebih tinggi pangkatnya daripada dia, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam hal atau keadaan yang tertentu.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

(4)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan pegawai penyiasat.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1365).

(6)

(Dipotong oleh Akta A1365).

Kuasa untuk masuk, menggeledah dan menyita