Malaysia legislation
Section 28E
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 28E
(a)
masuk ke dalam mana-mana premis sesuatu institusi kewangan Labuan atau mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan mana-mana institusi kewangan Labuan;
(b)
menggeledah premis itu bagi apa-apa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen;
(c)
memeriksa, membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang disita dan ditahan sedemikian;
(d)
mengambil milik dan mengalihkan daripada premis itu, apa-apa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang disita atau ditahan sedemikian dan menahannya bagi tempoh yang difikirkan perlu olehnya;
(e)
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, jika pegawai penyiasat itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa ada pada orang itu apa-apa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen, termasuklah dokumen
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 39
peribadi, yang pada pendapat pegawai penyiasat itu, adalah perlu bagi maksud menyiasat apa-apa kesalahan jenayah;
(f)
memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa barang, bekas atau wadah; atau
(g)
memberhentikan, menahan atau menggeledah apa-apa kenderaan.
(2)
Seseorang pegawai penyiasat boleh, jika perlu untuk berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau kenderaan dan masuk ke dalam premis atau kenderaan itu;
(b)
memindahkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau
(c)
menahan mana-mana orang yang dijumpai di premis itu, atau di dalam kenderaan itu, sehinggalah penggeledahan itu selesai.
(3)
Walau apa pun peruntukan di bawah Akta ini yang berlawanan, apa-apa penahanan mana-mana orang di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran seorang
Majistret.
(4)
Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik, dan menahan selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu olehnya, apa-apa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang dikemukakan di hadapannya semasa menjalankan penyiasatannya atau yang dijumpai pada orang yang sedang diperiksa olehnya.
(5)
Suatu senarai kesemua benda yang disita dalam menjalankan suatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan premis di mana barang tersebut masing-masing itu dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai penyiasat yang menjalankan penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
(6)
Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah dibenarkan hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu atas permintaannya.
(7)
Walau apa pun peruntukan sebelum ini, tiada pegawai penyiasat
Lembaga boleh masuk ke dalam mana-mana premis melalui penggunaaan kekerasan tanpa waran penggeledahan yang dikeluarkan oleh seorang Majistret melainkan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kelengahan dalam mendapatkan waran penggeledahan itu akan menyebabkan apa-apa harta, rekod, laporan, objek, barang, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen boleh diganggu atau dimusnahkan atau matlamat apa-apa kemasukan mungkin terkecewa.
(8)
Seseorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—
(a)
apabila menutup suatu penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripadanya; atau
(b)
dengan mendapat keizinan bertulis terlebih dahulu daripada pegawai atasannya, pada bila-bila masa sebelum menutup penyiasatan, melepaskan mana-mana harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang disita, ditahan atau dialihkan olehnya, kepada mana-mana orang yang ditentukan olehnya berhak di sisi undang-undang kepada harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen itu jika dia berpuas hati bahawa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen itu tidak diperlukan lagi bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
(9)
Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penyiasat yang menyebabkan apa-apa pelepasan mana-mana harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen di bawah subseksyen (8) berkenaan dengan pelepasan
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 41
itu yang menyatakan dengan terperinci hal keadaan dan sebab bagi, pelepasan itu.
(10)
Jika pegawai penyiasat tidak dapat menentukan orang yang berhak di sisi undang-undang ke atas harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain itu atau jika terdapat lebih daripada seorang yang menuntut harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain itu, pegawai penyiasat itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada seorang Majistret yang hendaklah kemudiannya memperlakukan harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 413(2), (3) dan
(4)
, seksyen 414, 415 dan 416 Kanun Tatacara Jenayah.
Kuasa untuk memeriksa orang