Malaysia legislation

Section 28F

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 28F

(2)

Seseorang pegawai penyiasat yang menyiasat suatu kesalahan boleh—

(a)

memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu;

(b)

memerintahkan mana-mana orang supaya mengemukakan kepadanya harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen atau apa-apa salinannya yang diperaku, atau apa-apa artikel lain yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; atau

(c)

melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang supaya memberi suatu pernyataan bertulis yang dibuat

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

dengan bersumpah atau dengan ikrar yang menerangkan dalamnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu, iaitu maklumat yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu.

(3)

Perenggan (2)(b) tidak terpakai bagi lejar, buku harian, buku tunai, buku akaun dan semua buku atau dokumen lain yang digunakan dalam penjalanan biasa perniagaan sesuatu bank.

(4)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan

(2)

(a)

telah diberikan hendaklah—

(a)

hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari apabila diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaaan itu selesai; dan

(b)

sepanjang pemeriksaan itu, mendedahkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang ada padanya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya dia sedang diperiksa, dan menjawab apa-apa soalan yang ditanya dengan benar dan berdasarkan apa yang dia tahu dan percaya, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa soalan itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah.

(5)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan

(2)

(b)

tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, mengalihkan dari

Malaysia, atau mengurusniagakan, menjual, atau melupuskan apa-apa buku, rekod, laporan, dokumen atau barang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen itu, atau menyebabkan supaya perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan itu.

(6)

Seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (2)(c) hendaklah, dalam pernyataannya, memberikan dan mendedahkan dengan benar semua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang ada padanya, atau yang boleh didapati olehnya, dan tidak

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 43

boleh enggan untuk memberikan atau mendedahkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya bersalah.

(7)

Seseorang yang kepadanya suatu notis telah diberikan di bawah subseksyen (2) hendaklah mematuhi perintah atau notis itu dan subseksyen (4), (5) dan (6) walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan.

(8)

Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa buku, rekod, laporan, dokumen atau barang menurut subseksyen (2), (4) dan (6), baik orang yang mula-mula disebutkan itu, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahan atau sebagai ejen atau pekerjanya orang mula-mula disebut itu mungkin bertindak, tidak boleh disebabkan pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana perjanjian atau perkiraan atau selainnya.

(9)

Seseorang pegawai penyiasat yang memeriksa seseorang di bawah perenggan (2)(a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang itu dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah dibaca kepada dan ditandatangani oleh orang itu, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai itu hendaklah mengendorskan hakikat keengganan itu di bawah tandatangannya dengan menyatakan hal keengganannya tersebut dan sebab-sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

(10)

Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (2)(a), atau pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (2)(c), atau apa-apa buku, rekod, laporan, dokumen atau barang yang dikemukakan di bawah perenggan (2)(b), atau selainnya dalam penjalanan sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (2)(a), atau di bawah suatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (2)(c), hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, tidak kira sama ada prosiding itu adalah

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

terhadap orang yang telah diperiksa, atau yang mengemukakan buku, rekod, laporan, dokumen atau barang itu, atau yang telah membuat pernyataan bertulis dengan bersumpah atau ikrar, atau terhadap mana-mana orang lain.

(11)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pemeriksaan ke atas seseorang

Section 28F — LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996