Malaysia legislation
Section 28H
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 28H
(a)
enggan memberikan mana-mana pegawai penyiasat akses kepada apa-apa premis atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;
(b)
menyerang, menggalang, menghalang atau melengah-lengahkan seseorang pegawai penyiasat itu masuk sedangkan dia berhak untuk masuk;
(c)
tidak mematuhi apa-apa tuntutan sah daripada mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan tugas-tugasnya di bawah Bahagian ini;
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 45
(d)
enggan memberikan kepada seseorang pegawai penyiasat apa-apa harta, dokumen atau maklumat yang mungkin semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;
(e)
tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat, apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen, yang dikehendaki oleh pegawai penyiasat itu;
(f)
menyelamatkan atau berusaha untuk menyelamatkan apa-apa benda yang telah disita dengan wajar;
(g)
memberi kepada seseorang pegawai penyiasat sebagai benar apa-apa maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu; atau
(h)
sebelum atau selepas apa-apa penggeledahan atau penyitaan, memecah buka atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya, atau pengambilan harta, rekod, laporan atau dokumen, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pemberian maklumat