Malaysia legislation

Section 28I

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 28I

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai penyiasat sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin boleh menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan jika seorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada kliennya atau wakil kliennya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada klien itu dalam menjalankan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk mencapai apa-apa maksud yang salah di sisi undang-undang.

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, adalah suatu pembelaan jika dibuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (2)(b) itu mungkin menjejaskan penyiasatan itu; atau

(b)

dia mempunyai kuasa di sisi undang-undang atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 47

Kebolehterimaan pernyataan orang tertuduh

Section 28I — LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996