Malaysia legislation
Section 28K
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 28K
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang disebut dalam Jadual—
(a)
apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai penyiasat semasa sesuatu penyiasatan ke atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang disebut dalam Jadual; dan
(b)
mana-mana dokumen, atau salinan mana-mana dokumen, yang disita daripada mana-mana orang oleh seseorang pegawai penyiasat pada menjalankan kuasanya di bawah
Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di Malaysia di hadapan mana-mana mahkamah, jika orang yang membuat pernyataan atau dokumen itu atau salinan dokumen itu sudah mati, atau tidak dapat dikesan atau ditemui, atau sudah menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah adalah tidak munasabah.
Kebolehterimaan terjemahan dokumen