Malaysia legislation

Section 28P

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 28P

(a)

membekalkan kepada pihak berkuasa yang meminta suatu salinan apa-apa harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang disita, yang ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 28E atau dikemukakan di bawah perenggan 28F(2)(b), atau apa-apa pernyataan bertulis dengan bersumpah atau ikrar yang dibuat di bawah perenggan 28F(2)(c), atau apa-apa rekod pemeriksaan yang dibuat di bawah subseksyen 28F(9), atau selainnya dalam penjalanan apa-apa pemeriksaan di bawah seksyen 28F, dan pihak berkuasa yang meminta itu bolehlah menggunakan salinan harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen atau rekod pemeriksaan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian tugas-tugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau

(b)

membenarkan pihak berkuasa yang meminta itu mendapat akses kepada dan memeriksa mana-mana harta, rekod, laporan, objek, artikel, bahan, benda, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen yang telah dikemukakan sebelum ini, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, dan pihak berkuasa yang meminta itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperoleh daripada apa yang diakses atau daripada pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya atau penunaian tugas-tugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang.

(2)

Jika Lembaga bersetuju untuk memberikan apa-apa bantuan itu kepada pihak berkuasa yang meminta itu, Lembaga boleh menjalankan segala atau sebahagian daripada kuasa pegawai penyiasat itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual atau di bawah undang-undang yang ditadbir oleh pihak berkuasa yang meminta itu.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 53

(3)

Tiada apa-apa jua pun dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai memberi kuasa kepada pihak berkuasa yang meminta itu untuk membocorkan, membuka, mendedahkan atau selainnya menyiarkan maklumat atau bahan yang didapati olehnya melalui subseksyen (1)

tanpa keizinan Lembaga.