Malaysia legislation
Section 29
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 29
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
(b)
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
(c)
levi yang kena dibayar di bawah seksyen 32;
(d)
fi, kos atau caj lain yang dikenakan oleh Lembaga di bawah
Akta ini atau undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;
(e)
apa-apa kompaun yang dibayar di bawah Akta ini atau undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;
(ea) kesemua wang yang dipungut oleh Lembaga bagi apa-apa penalti pentadbiran di bawah seksyen 36G atau di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual; dan
(f)
segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada
Kumpulan Wang