Malaysia legislation
Section 2
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 2
Tafsiran
(a)
menyediakan perkhidmatan kewangan Labuan; atau
(b)
diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual;
“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen 15(1);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 29(1);
“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang tanggungan”, berhubung dengan pegawai atau pekhidmat
Lembaga, ertinya isteri atau suami, ibu atau bapa, anak, termasuk anak angkat atau anak tiri, atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri dari semasa ke semasa melalui notis yang disiarkan dalam Warta;
“pegawai perakaunan”
termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima, atau mengakaunkan, apa-apa wang dalam Kumpulan
Wang, atau yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan dan harta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan dan harta sedemikian;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah mana-mana Pendaftar Rantau,
Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Syarikat;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 5;
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 11
“perbadanan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperbadankan atau wujud di dalam atau di luar
Malaysia dan termasuklah mana-mana syarikat Labuan asing sebagaimana yang ditafsirkan dalam Akta Syarikat Labuan 1990
[Akta 441] tetapi tidak termasuk—
(a)
mana-mana perbadanan seorang;
(b)
mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(c)
mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi;
“perkhidmatan kewangan Labuan” ertinya apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual.
(2)
(Dipotong oleh Akta A1365).