Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 30

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos yang lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan atau ganjaran;

(b)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh

Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(c)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(d)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(e)

secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pemeliharaan Kumpulan Wang