Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 36

Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang

(a)

Menteri;

(b)

Lembaga;

(c)

mana-mana anggota, pegawai, jawatankuasa, pekhidmat, ejen Lembaga; atau

(d)

mana-mana orang lain yang bertindak mengikut undang-undang bagi pihak, atau sebagai mematuhi arahan Lembaga, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan atau yang diniatkan menurut atau untuk melaksanakan, Akta ini, atau undang-undang yang dinyatakan dalam

Jadual, atau apa-apa garis panduan, arahan, maklumat atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.

(2)

Bagi maksud Bahagian IIA, tiada tindakan guaman atau pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau boleh dibawa atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap mana-mana orang yang mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Bahagian IIA.

(3)

Peruntukan sebelum ini adalah merupakan tambahan kepada, dan bukan mengurangkan, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198], dan bagi maksud Akta itu, tiap-tiap orang yang disebut dalam peruntukan sebelum ini hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam atau seseorang yang terlibat atau yang diambil bekerja bagi melaksanakan kewajipan awam.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

Pewakilan dalam prosiding sivil