Malaysia legislation
Section 36A
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 36A
(a)
dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap
Lembaga; atau
(b)
dalam mana-mana prosiding sivil lain yang Lembaga dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga bagi maksud itu boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan prosiding itu atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat segala kehadiran dan permohonan dan melakukan segala tindakan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Lembaga.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, mana-mana orang termasuklah—
(a)
mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Lembaga yang telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166];
(b)
mana-mana peguam bela dan peguam cara Mahkamah
Tinggi Malaya atau Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak;
atau
(c)
seorang peguam persekutuan atau peguam kanan persekutuan di Jabatan Peguam Negara.
Kuasa tambahan Lembaga
36AA. (1) Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, Lembaga hendaklah mempunyai locus standi atau hak undang-undang—
(a)
untuk hadir, memulakan dan menjalankan prosiding (sama ada sivil atau jenayah) dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 59
dengan fungsinya dan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual;
(b)
untuk memohon dan memperoleh relief yang tersedia ada bagi mana-mana litigan sivil termasuklah tetapi tidak terhad kepada relief di bawah Akta Relief Spesifik 1950
[Akta 137];
(c)
untuk mendapatkan panduan dan arahan daripada
Mahkamah Tinggi tentang apa-apa perkara undang-undang atau tentang tafsiran atau pelaksanaan mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual; dan
(d)
untuk campur tangan dalam mana-mana prosiding yang dalamnya institusi kewangan Labuan merupakan suatu pihak.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga boleh menuntut bagi mendapatkan balik fi, jumlah wang yang kena dibayar di bawah Akta ini atau kos perundangan yang dilakukan dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini daripada orang atau institusi kewangan
Labuan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pengkompaunan kesalahan