Malaysia legislation
Section 36D
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 36D
Kuasa untuk mendakwa kesalahan
(2)
Bagi maksud seksyen 380 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], seseorang pegawai atau pekerja Lembaga yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai awam.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, mana-mana orang hendaklah termasuk—
(a)
mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Lembaga yang telah diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976; atau
(b)
mana-mana peguam bela dan peguam cara Mahkamah
Tinggi Malaya atau Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Permohonan bagi penggulungan