Malaysia legislation

Section 36F

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 36F

Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa oleh sebab pelakuan kesalahan itu orang disabitkan itu memperoleh faedah kewangan atau faedah kewangan itu terakru bagi manfaat orang itu, memerintahkan orang yang disabitkan itu untuk membayar, walau apa pun amaun maksimum apa-apa denda yang selainnya boleh dikenakan di bawah

Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual, suatu denda tambahan dalam amaun yang bersamaan dengan amaun faedah kewangan yang dianggarkan oleh mahkamah.

Section 36F — LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996