Malaysia legislation

Section 36G

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 36G

Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan penalti pentadbiran ke atas seseorang, menyampaikan notis bertulis kepada orang itu supaya menunjukkan sebab mengapa penalti pentadbiran tidak patut dikenakan ke atasnya.

(3)

Jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, Lembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran dalam amaun yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari berlakunya ketidakpatuhan itu dan apa-apa amaun itu tidak boleh melebihi jumlah sepuluh ribu ringgit.

(4)

Jika seseorang tidak membayar penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3), penalti yang dikenakan oleh Lembaga boleh diambil guaman terhadapnya dan didapatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Lembaga.

Injunksi atau relief lain