Malaysia legislation

Section 36H

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 36H

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), sesuatu perintah di bawah subseksyen itu boleh mengarahkan orang itu untuk membuat apa-apa perbuatan yang dinyatakan atau menahan daripada membuat apa-apa perbuatan yang dinyatakan, bagi maksud—

(a)

menghalang atau menghentikan apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual;

(b)

memaksa mana-mana orang untuk mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 4B;

(c)

meremedi kesan apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual;

(d)

pemeliharaan aset; atau

(e)

membayar pampasan kepada orang yang mengalami kerugian akibat pelanggaran itu.

(3)

Jika Lembaga membuat suatu permohonan kepada mahkamah bagi pemberian injunksi atau suatu perintah di bawah seksyen ini, mahkamah boleh, jika difikirkan adil dan saksama untuk berbuat demikian, tidak menghendaki Lembaga, sebagai syarat bagi pemberian injunksi atau perintah itu, memberikan apa-apa aku janji berkenaan ganti rugi.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar suatu injunksi atau suatu perintah yang diberikan oleh mahkamah di bawah seksyen ini yang terpakai baginya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(5)

Jika mahkamah telah memberikan suatu injunksi atau suatu perintah di bawah seksyen ini, mahkamah boleh, atas permohonan oleh mana-mana orang yang tersentuh oleh injunksi atau perintah itu, membatalkan atau mengubah injunksi atau perintah itu.

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

(6)

Subseksyen (4) tidak menjejaskan kuasa mahkamah berhubung dengan hukuman bagi penghinaan mahkamah.

(7)

Sementara menunggu penyelesaian suatu injunksi atau suatu perintah oleh mahkamah di bawah seksyen ini, Lembaga boleh, jika ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu institusi kewangan Labuan—

(a)

berkemungkinan tidak berupaya untuk mengekalkan status quo harta dalam atau di bawah milikannya atau kawalannya;

(b)

berkemungkinan akan melarikan diri dengan harta itu atau melakukan apa-apa perbuatan seumpamanya;

(c)

berkemungkinan akan memindahkan harta itu ke mana-mana tempat, lokasi atau bidang kuasa yang akan menghalang mana-mana prosiding yang akan berlaku atau penghakimannya; atau

(d)

berkemungkinan akan menguruskan harta itu dengan cara yang memudaratkan mana-mana pihak berkepentingan termasuklah pelaburnya, benefisiarinya dan Lembaga, mengeluarkan suatu perintah yang membekukan mana-mana harta orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di mana jua harta itu terdapat, atau dalam milikannya, di bawah kawalannya atau yang kena dibayar daripada mana-mana sumber kepadanya.

(8)

Suatu perintah di bawah subseksyen (7) boleh termasuk—

(a)

suatu perintah untuk mengarahkan harta itu, atau sebahagian daripada harta itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, untuk tidak dilupuskan, atau selainnya diuruskan, oleh mana-mana orang, kecuali dengan cara dan dalam hal keadaan, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; dan

(b)

suatu perintah untuk membenarkan mana-mana pegawainya untuk menjaga dan mengawal harta, atau sebahagian daripada harta itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu jika Lembaga berpuas hati bahawa hal keadaan itu sedemikian diperlukan.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 65

(9)

Suatu perintah di bawah subseksyen (7) hendaklah terhenti berkuat kuasa selepas tiga puluh hari dari tarikh perintah itu.

(10)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh menghalang kuasa mahkamah, selepas permohonan mana-mana orang terkilan dengan perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (7), untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (7).

(11)

Apabila luput perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (7), Lembaga boleh memohon kepada Mahkamah untuk melanjutkan kesahan perintah itu kepada suatu tempoh yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

(12)

Lembaga tidak bertanggungan bagi apa-apa ganti rugi atau kos yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung daripada pembuatan perintah di bawah seksyen ini melainkan jika dapat dibuktikan bahawa perintah di bawah subseksyen (7) tidak dibuat dengan suci hati.

Audit khas