Malaysia legislation
Section 4
of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Seksyen 4
(a)
untuk mentadbir, menguatkuasakan, menjalankan dan melaksanakan peruntukan Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa jua yang bersampingan dengan undang-undang itu dan untuk memastikan bahawa undang-undang itu dipatuhi;
(b)
untuk menjalankan, menunaikan dan melaksanakan apa-apa kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah undang-undang yang disebut dalam perenggan (a);
(c)
untuk mengekalkan reputasi baik Labuan sebagai suatu pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa;
(d)
untuk menjalankan penyelidikan dan menyebabkan diadakan kajian mengenai perkhidmatan kewangan di
Labuan;
(e)
untuk membuat syor bagi mewujudkan dan memperbaiki apa-apa kemudahan yang akan meningkatkan daya tarikan
Labuan sebagai pusat bagi perkhidmatan kewangan;
(f)
untuk bekerjasama dengan institusi kewangan Labuan dan persatuan profesional dan industri di Labuan untuk memajukan dan mengadakan perkhidmatan kewangan dan
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 13
menggalakkan standard yang tinggi bagi perkhidmatan kewangan Labuan;
(g)
untuk menasihati dan membuat syor kepada Menteri mengenai perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan; dan
(h)
untuk menjalankan semua aktiviti dan melakukan semua perkara sebagaimana yang perlu atau bermanfaat dan wajar bagi pentadbiaran Lembaga, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
(2)
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas—
(a)
untuk melantik mana-mana ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(b)
untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;
(c)
untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
(3)
(Dipotong oleh Akta A1365).
(4)
Lembaga boleh, dengan kelulusan bertulis
Menteri, menubuhkan atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertubuhan perbadanan—
(a)
bagi maksud menggalakkan penyelidikan dan latihan berhubung dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;
(b)
bagi maksud meningkatkan pembangunan perkhidmatan kewangan luar pesisir; atau
(c)
jika penubuhan atau pengambilbahagian itu suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi Lembaga yang diperuntukkan
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual.
(5)
(Dipotong oleh Akta A1365).
(6)
(Dipotong oleh Akta A1365).
Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan