Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PELAN DAN DOKUMEN TANAH DAN LOMBONG (SALINAN FOTOGRAF) 1950

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

“dokumen” ertinya –

(a)

dokumen hak milik berdaftar, dokumen hak milik keluaran atau pajakan, sebagaimana ditakrifkan dalam setiap hal dalam Kanun Tanah Negara [Akta No. 56

tahun 1965];

*CATATAN—Pemakaian ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui pengubahsuaian – lihat

P.U.(A) 457/2009 yang bermula pada 1 Januari 2010.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 233

(b)

apa-apa lesen, permit, notis, perjanjian atau dokumen lain berkaitan dengan tanah yang diberi, dikeluarkan atau dimasuki oleh atau bagi pihak Raja atau Yang Dipertua

Negeri bagi sesuatu Negeri; atau

(c)

pajakan atau pajakan kecil lombong, pajakan sementara lombong atau perakuan melombong diberi atau dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang ditentukan dalam Jadual;

“Semenanjung

Malaysia”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan.

Pelan yang dikeluarkan secara fotografi, dan salinan pelan tanah adalah mematuhi secukupnya undang-undang yang menghendaki pelan dan salinan pelan dilukis

Section 2 — LAND AND MINING PLANS AND DOCUMENTS (PHOTOGRAPHIC COPIES) ACT 1950