Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PELAN DAN DOKUMEN TANAH DAN LOMBONG (SALINAN FOTOGRAF) 1950

Seksyen 3

Jika, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang ditentukan dalam Jadual, pelan atau salinan pelan mana-mana tanah dikehendaki dilukis, terkandung di dalam atau dilampirkan kepada apa-apa dokumen, atau apa-apa salinan sesuatu dokumen dikehendaki dibuat atau diserahkan kepada seseorang, adalah mencukupi bagi maksud-maksud sesuatu undang-undang bertulis itu bagi melampirkan kepada dokumen tersebut pelan yang dikeluarkan secara fotografi atau salinan pelan tanah tersebut atau membuat atau menyerah satu salinan dokumen tersebut yang dikeluarkan secara fotografi, mengikut mana yang berkenaan:

(a)

pelan atau salinan mana-mana pelan atau dokumen yang dikeluarkan secara fotografi dibuat oleh Ketua Pengarah

Ukur atau oleh seorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis olehnya untuk melakukannya; dan

Pelan dan Dokumen Tanah dan Lombong 7

(Salinan Fotograf)

(b)

pelan atau salinan tersebut diakui oleh Ketua Pengarah

Ukur atau orang yang membuatnya sebagai pelan yang benar dan betul terhadap tanah sedemikian atau sebagai salinan daripada pelan asal atau dokumen asal yang benar dan tepat, mengikut mana yang berkenaan.

Pelan dan salinan fotograf boleh diterima dalam keterangan

Section 3 — LAND AND MINING PLANS AND DOCUMENTS (PHOTOGRAPHIC COPIES) ACT 1950