Malaysia legislation

Section 110

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 110

Kuasa untuk memberi relief

(1)

Dalam apa-apa prosiding bagi kecuaian, keingkaran, kemungkiran kewajipan, atau pecah amanah terhadap seseorang yang kepadanya seksyen ini terpakai, jika ternyata kepada

Mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diambil bahawa orang itu adalah atau boleh bertanggungan berkenaan dengan kecuaian, keingkaran, kemungkiran kewajipan atau pecah amanah itu, tetapi dia telah bertindak dengan jujur dan munasabah dan bahawa, dengan mengambil kira semua hal keadaan kes itu termasuk hal keadaan yang berkaitan dengan pelantikannya, dia patut secara adil dimaafkan bagi kecuaian, keingkaran, kemungkiran kewajipan atau pecah amanah itu, Mahkamah boleh melepaskannya sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya daripada tanggungannya atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

(2)

Jika mana-mana orang yang kepadanya seksyen ini terpakai mempunyai sebab untuk memahami bahawa apa-apa tuntutan akan atau mungkin dibuat terhadapnya berkenaan dengan apa-apa kecuaian, keingkaran, kemungkiran kewajipan atau pecah amanah, dia boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief, dan Mahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa yang sama untuk memberikan relief kepadanya di bawah seksyen ini sepertimana

Mahkamah akan mempunyai sekiranya Mahkamah itu adalah suatu Mahkamah yang di hadapannya prosiding terhadapnya bagi kecuaian, keingkaran, kemungkiran kewajipan atau pecah amanah telah dibawa.

(3)

Orang yang kepadanya seksyen ini terpakai adalah—

(a)

pegawai sesuatu syarikat Langkawi;

(b)

orang yang diambil kerja oleh sesuatu syarikat Langkawi sebagai juruaudit, sama ada orang itu adalah pegawai syarikat itu atau tidak;

(c)

pakar dalam pengertian Akta ini; dan

(d)

semua orang, termasuk penerima dan pengurus atau pelikuidasi, yang dilantik atau diarahkan oleh Mahkamah

106

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

atau Pendaftar untuk menjalankan apa-apa kewajipan di bawah Akta ini berhubung dengan sesuatu syarikat

Langkawi.

Section 110 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005