Malaysia legislation

Section 29

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 29

Perkara persatuan

(1)

Maka hendaklah diserahkan bersama dengan memorandum sesuatu syarikat Langkawi perkara persatuan yang ditandatangani oleh penandatangan kepada memorandum itu yang menetapkan peraturan-peraturan bagi syarikat itu.

(2)

Perkara persatuan hendaklah—

(a)

bercetak;

(b)

dibahagikan kepada perenggan bernombor; dan

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 43

(c)

ditandatangani oleh setiap penandatangan kepada memorandum itu atau, jika mana-mana penandatangan ialah suatu syarikat, dimeterai dengan meterai syarikatnya atau ditandatangani bagi pihaknya.

Section 29 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005