Malaysia legislation

Section 30

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 30

Perubahan memorandum atau perkara persatuan

(1)

Tertakluk kepada Akta ini, sesuatu syarikat Langkawi boleh, melalui ketetapan khas, mengubah atau menambah memorandum atau perkara persatuannya.

(2)

Apa-apa perubahan atau penambahan yang dibuat sedemikian dalam memorandum atau perkara persatuan hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh notis ketetapan yang berkaitan diserahkan kepada Pendaftar dan sama sahnya seolah-olah pada mulanya ia terkandung dalam memorandum atau perkara persatuan itu dan tertakluk mengikut cara yang sama kepada perubahan melalui ketetapan khas itu.

Section 30 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005